Friday, December 30, 2011

Happy 2012!!

It's that time of the year again... to welcome another day of another year.

I know that normally all of us would plan to celebrate it with friends at BIG, well known places such as the Dataran Merdeka and KL City Centre.

But this year, what about changing the plans to celebrate it a liiiitle bit early with some 'new friends' at the infamous Central Market?

Reach Out Malaysia is organising a New Year Street Party with the homeless and volunteers at the opposite of Central Market (under CM's LRT station) today- Ya, saya tahu saya patut inform perkara ini lebih awal - from 4.30 pm until 7.00 pm.

All that you have to bring along is your lovely smiles.

And after the party is over, you guys can actually go to those other places to see fireworks and shout "Happy New Year!!" with that other friends.

Not bad, kan?

Friday, December 23, 2011

Good Time... and Tan

... sambungan...

Awal awal pagi I woke up, lebih kurang 5.45 am untuk breakfast dan tunggu bas- yang akan pusing pulau untuk ambil orang kat chalet/hotel - untuk pegi jetty.

Waktu tengah nak breakfast ni la baru aku perasan yang kat area Pantai Cenang ni ada service menyewa basikal untuk jalan-jalan.

8.05am at Pantai Cenang... sunyi

Pukul 8.25am, bas sampai. Lepas singgah kat chalet-chalet lain untuk ambil orang lain, bas bawa kami ke jeti untuk ambil feri ke Taman Laut Negara, Pulau Payar.

The journey to that island is about 50 minutes to 1 hour, depending on the weather. Bila dah sampai pulau, ada satu 'open boat' yang bawa kami ke pantai.
 Muka Umi yang cuak :p


Laut yang sangat-sangat-sangat jernih! :)

Dengan perasaan penuh gumbira aku masuk ke dalam air - sambil buat terlupa-tidak peduli untuk pakai sunblock. Which resulting in tangan berbelak sebab sunburned.

Lepas lunch tu aku sambung main air dan snorkelling lagi.. Tapi bila aku dah perasan yang air tengah pasang, aku terus naik ke pantai. Partially because of instructor reminder - baby sharks yang 'jinak' akan masuk pantai bila air pasang (kebetulan aku dah nampak seekor berenang dengan happy), and partially because it's already 2.30pm, our ferry will take us out of the island at 3.30pm.

Lepas mandi and put on some fresh clothes - t-shirt baru - kami duduk-duduk di ruang rehat sambil tengok ikan yang bermacam-macam colour. Everything seems so nice... until


Hunting...

Ikan-ikan lain yang aku nampak baru sekejap tadi semuanya menghilangkan diri, hiding from these 'baby' predators.

By 3.30pm, instructors ni dah standby untuk tolong kami naik bot, sebab angin kuat gila waktu ni. Langit pun mendung semacam je...

Ala pahlawan gagah gitu... :p 

These people are antara orang yang menjerit kuat waktu bot melambung

Masuk je feri, aku terus cari seat yang tak ramai orang untuk baring dan zzzz...

Sedar-sedar aje dah sampai jeti. Waktu keluar dari feri baru tahu yang all the way perjalanan tadi hujan... aku je yang tidur mati.

Yachts... from afar. One day I'll have one of these... InsyaAllah

... bersambung... with 'Langkawi Cuti Tips'

Monday, December 19, 2011

Berlibur sambil Tersenyum Lebar

Ooooohh... It's been a daaaang long time since the last time I wrote.

Adakah kerana kurang idea? Tidak juga. Lebih kepada malas sebenarnya. Ya. Malas.

Tapi oleh kerana aku berjaya me'lari'kan diri dari ofis minggu lepas, aku perlu juga menulis.
...
...
...

Erm, reason ni tak relevan sebenarnya. Dan tak berkaitan sangat dengan post aku di petang Isnin yang mendung ini.

Ya. Minggu lepas on a Friday morning, the familia (except Haris) pergi ke Langkawi. Dalam hati sebenarnya dah sedikit memberontak - LIMA dah habis, baru nak pergi sana. Ceh!

At 7.15 am kami bergerak dari Setia Alam, pukul 1.20pm dah sampai Kuala Kedah. Sementara ayah parking kereta, Umi beli tiket feri untuk jam 2.00 pm.



Once arrived, kami ambil kereta sewa untuk ke Chalet White Lodge kat Pantai Cenang yang ayah dah tempah seminggu lepas. It's quite a strategic place, actually - sebab dekat dengan kedai cenderamata, kedai makan, kedai baju... etc.

Pandai-pandai jaga kereta sewa tu, ok.

At night, kami pergi Pekan Kuah, singgah Haji Ismail Group Store. Me and my brother jadi gila bila nampak chocolates yang bermacam-macam dan susah nak jumpa di Semenanjung. Umi pulak takde perasaan bila tengok mangkuk-mangkuk Corelle & Corningware, jadi dia beli kuali je sebijik.

We had dinner at 10 p.m di Warung Janggus Ikan Bakar yang tak jauh dari Lodge. And Shakir cakap dia takut tengok aku makan. Hahaha. Blame the food bro, not me. :D


Ketam Masam Manis

Waktu makan ni, my mom broke the news.
" Umi dah tempah tiket untuk pergi Taman Laut Negara esok. Make sure korang pack sekali t-shirt & seluar extra."
 Ternganga mulut aku dan Shakir. Kami tak bawa baju extra pun! Dan dengan seriusnya aku ingat, kami datang ke Langkawi ni untuk shopping saja. Dan berjalan kaki untuk singgah Underwater World (15 minutes from our Lodge), at least.

Jadi, lepas makan kami singgah ke kedai Street House untuk beli t-shirt. Mata aku meliar tengok surfing clothes on display. @o@

Unfortunately, aku terpaksa melupakan hasrat untuk beli those baju's, sebab aku bukannya nak pergi surfing pun, kan? Just main air sikit kat Taman Laut tu.

... bersambung...

* Skemanya ayat-ayat di atas. 

Friday, November 11, 2011

Birthday Buzz



I still remember you sang along to this song - that I played thru my mp3-when we (and other classmates) were in the Computer Lab.

And I thought : Hey, ada jugak orang layan lagu ni! *smile-smile-smile.

Well, that was 2 years ago.

But still until this very day, this incident puts smiles on my face!!

Happy Birthday, Encik S. May Allah bestows His blessing upon you.

Thursday, November 10, 2011

Armistice Remembrance

Sedang aku 'gila' mengulang lagu Armistice dendangan Phoenix, aku Google maksud 'Armistice' ini... hanya untuk suka-suka - mencari maksud, sebab perkataan ni agak unik, and honestly, I've never heard of it.

Punca Cari-Carian

And I found this. Kebetulan pula hari ini 11 November 2011 (tarikh yang canteeek sekali), aku post kan saja pasal Armistice ini.

Kita di Malaysia - or should I say Tanah Melayu (?) - tak terlibat langsung dengan Perang Dunia Pertama, but let reminisce this historic date, as on this day, perjanjian gencatan senjata telah ditandatangani untuk menghentikan Perang Dunia Pertama - yang berlanjutan dari Julai 1914 hingga 11 November 1918.


This war killed millions. I do feel lucky being born in the 80's

Saturday, October 22, 2011

Happy Birthday!!

23rd October 2011.
The birthday of a new-found friend, Miss F yang Fabulous.
This song (and entry) is dedicated to you.

This song and Audioslave's 'Be Yourself' is my best 'cure' and self-defense.

Hope you'll like it.

:)

Monday, October 17, 2011

Jariku.... Menceceh

Dia... menarik perhatianku.
Bibir merah bercalit gincu. Pipi merah dielus berus blusher. Mata biru contact lens. Alis mata lentik dibentuk maskara. Kening berlekuk cantik.
Sekali dia bersuara...
Aisey, 'kanak-kanak' sekolah.

Aku perhatikan dia lagi.
Tudung lilit ala Yuna.
Baju pink dengan puff di bahu - trend awal hingga pertengahan tahun ini.
Kasut hitam berbatu-batu 2 inci.

Bibirku terkunci... tapi hati menjerit
"What the hell? Gaya macam budak umur 17 tahun!"

Ibunya ada bersama. Hanya memerhatikan anak perempuan bongsu ini, bersama kakak-kakaknya yang lain - berpakaian lebih kurang serupa, - membelek-belek bahan masakan di rack TESCO itu. Tiba-tiba kedengaran suara si emak, "Tak payahla pegang lebih-lebih... korang bukannya nak masuk dapur pun...". Salah seorang anaknya yang lebih tua hanya menjongket bahu, sambil tangannya lincah menaip-naip di handphone Nokia keluaran tahun lepas.

Keningku terangkat - dan aku menyedarinya, lalu aku palingkan wajah sambil tersenyum sumbing.

Ooohh.. as far as I can remember... 
  • Dulu, baju-baju aku hanya dipilih oleh Umi. "Supaya tak menjolok mana-mana mata dan sesuai gaya dengan umur," katanya. Aku hanya dibenarkan untuk memilih kasut, macam mana pun yang aku suka - yang menyumbang kepada hobi mengumpul kasut sekarang.
  • Aku mula masuk dapur masa darjah 1, mula kupas bawang. Masak nasi dan Sardin sewaktu darjah 3. Mula masak sup sayur by darjah 6. Mula 'bermain' dengan tepung pada Form 2 (aktiviti memasak berkurang bila di sekolah Menengah, kerana masuk asrama), dan berjaya membuat cake dan chocolate muffins untuk di jamu kepada roommates.
  • All time single - until I met him waktu Form 5, dan kami couple - rolling eyes - pada tahun berikutnya... dan putus 3 bulan kemudian. And have been single again ever since, happily.
Entah.
It is really kinda weird seeing 'kanak-kanak' dress up dan berlagak matang - diulangi 'berlagak' - melampaui usia sendiri.
Kerana semasa aku di usia mereka, aku enjoy every bit of my life - jadi baik, jadi nakal, jadi baik semula, risau pasal puberty, risaukan exams, sibuk menyiapkan diri untuk segala macam tournament yang aku join, ligat mengerahkan otak untuk menyahut cabaran supaya berdiri sama tinggi dengan budak sekelas yang kebanyakannya lelaki... dan segala macam lagi.

And I continue living free - gila lari ke sana ke mari - until I graduated in 2009.

Dan kemudiannya aku bekerja. Terpaksa berhenti buat kebanyakan benda yang aku suka.

Awww... how I wish I can turn back time... dan lakukan lebih lagi.

Ahem.

My suggestion? 
Enjoylah hidup muda korang selagi boleh. Tak perlu risau macam mana nak bermake-up supaya setanding 'cantik' dengan kawan korang, atau baju siapa lebih fashionable. Juga tak perlulah risau pasal boyfriend-belum-tentu-kahwin korang tu. Baik concentrate belajar tulis-baca - dan memasak. 
Percayalah, lagi tinggi korang belajar, lagi banyak lelaki lebih baik yang korang boleh jumpa... InsyaAllah. Dan dengan package memasak ala chef korang, confirm hamba-hamba Allah yang baik hati nak buat korang jadi isteri.

Ahahaha XD

Wednesday, October 12, 2011

Setelah Lama Jari Tidak Berfungsi

Secara separuh sedar (?), dah 2 bulan aku tinggalkan blog ni.

Bukannya tak mahu update... tapi sebab aku masih dalam proses menenangkan diri dari menulis dengan penuh kemarahan dan ke'annoying'an terhadap a few things.
Dunia boleh terbakar kalau aku menulis dengan perasaan begitu - bak kata Ayah, bila aku mula cursing waktu memandu
"When you're angry during driving, its  better for you to stop somewhere and chill a bit. You might injured yourself or others if you continue."

Di pagi yang sunyi ini, sambil aku makan mee goreng Mamak masakan emak, aku teringat sesuatu yang aku kira banyak kali berlaku

My Mom's Mee Goreng yang SUPERFINE!

Kena 'reject' dengan 'mamat' when I said I wanted to friend him on social network.

Case 1 (Waktu Pindah Rumah, Lunchtime)

Aku : Korang ni student mana?
Mamat 1 : Universiti * * *
Aku : Ooooh. Course apa?
Mamat 2 : Engineering. Mechanical Aero.
Aku : Oooh. Then korang mesti masuk matrik 2 tahun dulu kan?
Mamat 1 : Yup.
Aku : Then korang mesti kenal Mr. A, kan?
Mamat 1 : Mr. A? Haha.. Of course.
Aku : Hahaha
(When they're ready to leave...)


Case 2 (In Office... Seorang budak datang training untuk preparation menjadi seorang Svc Advisor)

* Sembang - sembang - sembang
Aku : Eh... Mr. H. Kau asal dari mana eh?
Mr. H : Gombak.
Aku : Oh? I used to live in Gombak. Dulu sekolah mana?
* Sembang - sembang - sembang
(Sehari sebelum dia blah - training di office aku seminggu je...)

Aku selalu wonder.
Apa yang menjadi penghalang untuk korang bagi aku nama profile korang?
Adakah girlfriend korang tak bagi korang approve request 'Friend' girls lain?
Adakah korang terperanjat tiba-tiba seorang perempuan cakap nak add korang?
Adakah korang merasa diri korang terlalu 'hot', so korang tak boleh terima request add yang sembarangan?
Or maybe korang 'perasan' yang that this girl 'minat' kat korang?

Ohh, boys. Dearest boys.

FYI, aku - dan a few perempuan lain - tak berniat pun yang bukan-bukan. Kami hanya nak menambah bilangan kawan.

Maaflah jika dari awal bersembang korang rasa kami ni 'ramah' semacam.
Dan maaf juga jika kami - especially aku - tak secantik gadis-gadis lain, yang 'act coy' bak kata Taio Cruz, tapi sebenarnya dalam hati melonjak-lonjak mahu di-add dan meng-add.

We - the 'rejected' - are just being ourselves, who can easily get along and being comfortable with guys in just a short period of time. Mesra TAK bermaksud SUKA atau jatuh CINTA... Ok?

** Haha.. ayat mula menjadi tidak tersusun...menandakan aku harus berhenti sekarang... dah nak masuk waktu kerja lagipun...

Thursday, August 25, 2011

Menyelamatkan Diri..

Wow!

WOW!

Rasanya dah sangat lama aku tak merepek & menganyam ketupat di sini... tapi memandangkan raya semakin dekat (dan Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya T-T ), aku kena juga meng'excercise'kan jari)..

I'm sure korang - especially ladies- dah selamat shopping... dah siap menggosok baju-baju raya, dah ready untuk keluarkan heels baru korang dari kotak-kotak... nak melaram sakan di Hari Raya.

Tapi berjaga-jagalah! Jika anda bakal berjalan banyak dengan heels-heels yang stunning itu, anda mungkin akan terjelepok jatuh... atau pun merasa sakit kaki.

So, I'm suggesting these item untuk diletakkan di dalam beg Raya korang yang berbau kedai itu






Foldable ballet flats with Flanil Cream or Voren Plus Gel to soothe your soon-to-be-aching feet. Bolah cari di local drugs store.

I'm suggesting because I have them in my enormous bag. They're my life - and dignity - saver. Terutamanya bila aku keluar berjalan-jalan seorang diri... Aku tak mahu dilihat sebagai org lemah bila kaki terpelecok, I want to be seen as strong. Ya la... aku kan ego!!

Hahahaha.

Tuesday, August 9, 2011

MESTI PILIH? Don't Make Me Laugh


Semua ingat iklan ni? 

Nampak macam very helpful, kan? 

Tapi semuanya hanyalah sekadar iklan...

Hari ni me and a few friends pergi ke Bank Rakyat cawangan Kepong, untuk tukar RM250 kepada duit singgit & 5 hinggit kertas tu... Waktu pergi ke kaunter, kawan aku nampak diorang tengah melepak-lepakkan diri sebab tak ada orang langsung - diulangi : KOSONG. ZERO. Then my friend pun cakap...

My friend : Assalamu'alaikum. Nak tanya, boleh tukar duit tak kat sini?
Orang Bank : Nak tukar duit kecik ya?
My Friend : Betul.
Orang Bank : (Gelak) Untuk duit raya ke?
My Friend : Takla... untuk service centre. Kitorang takde duit kecik untuk bagi baki kat customer.
Orang Bank : (Dengan riak malas) Oooohh, kitorang pun takde duit kecik.
My Friend : Tukar untuk RM 100 ada.
Orang Bank : Tak ada.

Then kami pun membawa diri ke Public Bank di area yang sama. Waktu mula-mula sampai Public Bank rasa macam 'OMG!! Ramainya umat. Lambatla kita balik office...'

Tapi dengan sekali pertanyaan di kaunter. Kami tekan butang A dan proceed ke Kaunter 11 (dalam masa tak sampai 5 minit).

Dengan turutan 
-"Selamat sejahtera, Cik. Boleh saya bantu?"
-"Berapa banyak wang you mau tukar?"
-"Turutan wang apa you nak?"
-"Ok Cik, sila beri nama dan nombor telefon"
-"Ok Cik, duit RM250 dah tukar. Terima Kasih, datang lagi"
proses tukar duit dapat di-settle-kan dalam masa 3 minit.

So, sorry Bank Rakyat... from the observation of a service advisor from a local car company...
YOU FAILED!!
Saya mesti pilih? Never.

Sunday, July 31, 2011

Moh le Kita Berpuase!!

Assalamu'alaikum...



Alhamdulillah... dapat lagi aku, my family dan kita semua berpuasa pada tahun ini...
Semoga segala amalan kita diterima Allah...

Speaking of puasa... confirm la terbayang Bazaar Ramadhan, kan?
Especially because today is the first day of fasting, aku pasti kita semua rasa macam nak sumbat perut selagi boleh.

Ayam Golek, Kebab, Mee yang segala macam, Nasi Beriani, Air Cendol, dan entah apa-apa lagi membuatkan list makanan ni never ending.



Yessss... everything seems so YUMMY.
Tapi bawak-bawakla bersabar... ya? Makanan tu takkan habis. Kita ada 30 hari untuk makan 'besar' waktu berbuka.

Bulan puasa ni sepatutnya membantu kita menjimatkan duit, bukan sebaliknya. :)

Saturday, July 23, 2011

Rockin', My Way

Boys and Rock music are like brothers. They can't really live with each other (from what I observed).
But Girls and Rock music, errr... not so much.

But me, as a lady (I'm 20 something, no more girl lah), HEART rock music. Not so much like guys do... but still love moving my head to it.

Well,

Tiap-tiap petang, untuk hilangkan boring, budak-budak dalam bengkel akan pasang radio (which station, IDK) untuk melayan lagu rock. Dan bila ada lagu-lagu yang sangat familiar dengan diorang, they will sing along... dengan penuh perasaan.

Hal ini membuatkan aku tertanya-tanya...
Aku : Orang lelaki memang suka melalak lagu rock ke?
Mr I : Ohhh, itu biasa. Orang lelaki kan memang suka layan rock.
Aku : Tapi saya dengar tak macam rock pun? Mendayu-dayu je bunyi.
Mr I : Ni rock lama...
Aku : Oh, mungkin sebab saya tak biasa dengar lagu rock macam ni kot...
Mr I : Then, lagu rock yang mana kau dengar?

The Who, Pink Floyd, Deep Purple, Ramones, Rush, Dire Straits, Bob Dylan and Bruce Springsteen.

I'm not sure kalau korang familiar dengan 'makhluk-makhluck' di atas... sebab aku kenal pun setelah telinga di'sogok' oleh ayah yang quite fanatic dengan diorang ni.

Mula-mula dengar memang rasa macam, "Entah apa-apalah lagu ni... ". Tapi setelah mendengar setiap bait lagu-lagu diorang ni (aku mula 'menghayati' lirik lagu since 2006... long story), aku mula sedar that they're not just music, they're words of wisdom.

But being born as a 'Generation Y', aku layan juga MCR, Green Day, The Strokes - Julian Casablancas, and others (kalau aku bagi senarai betul rasanya space takkan cukup).

Some of them ada memberi messsage pasal the world that we live in. How war destroyed everything, how racism & stereotypes menghalang kita untuk terus berbaik-baik sesama manusia.

Aku mungkin kedengaran macam sangat poyo dan korang mungkin akan fikir, "Alia ni tak layan lagu Melayu ke?Sangat laaa melupakan roots.". Tapi listen to this, find the lyrics, then you'll know.

Won't Get Fooled Again

Yeah....'trying not to get fooled again' ;)

** Penggila CSI mungkin familiar dengan lagu The Who... lagu tema koooot

Wednesday, July 20, 2011

Jangan Tensi-Tensi

I snapped this picture out of yesterday's newspaper (Alia ni memang agak slow, kan?)

Aku tak pernah sangka masalah depressi di kalangan wanita Malaysia sangat ketara sebenarnya. Ish...


Well, Ladies. Apa kamu rasa sekarang? Tensi juga?

Tuesday, July 19, 2011

Makaaaan!

Awwww... don't you wish you'll have this for breakfast jugak? :)

Monday, July 18, 2011

Segala-galanya... Baru?

Yeah!... Finally, kami sekeluarga pindaaaah juga ke rumah baru.

Sangat Excited!!! Especially because my 'kembar'/bestie, Ezan tolong kami untuk berpindah randah.
Dia jadi kawanku yang pertama untuk masuk & lepak-lepak dalam rumah baru kami ;)

Semalam, lepas angkut-mengangkut, aku nak merehatkan diri sambil surf net, tapi
"USB Device not Recognised"
Dengan penuh harapan aku assume bahawa Broadband housing yang Ol' School itu masih belum rosak, aku membeli cable baru.
Selamat tinggal cable lama... jasamu sepanjang 3 tahun ini sangat dihargai T-T

Dan... kerana cable baru lah aku dapat mengupdate blog yang semakin aku 'gila'kan  ini.

Dan hari ini, kasut/boots yang dibeli secara online di mudah telah diterima. Seronok la aku esok... kasut ni tinggi... jadi tuannya dapat menambah 'ketinggian'.
Boots I yang marvelous!

Dan... aku baru sahaja terjatuh dalm bengkel tadi. Sakit di pinggang terasa makin ketara - because I'm in women's 'red' time zone. Ohhh, bisa!

Ya... hari ini sangat 'menarik'. Don't know what to say anymore lah.

Thursday, July 14, 2011

YummyLicioussss

Oooh La La

Sedang 'seronok' melayan boring dan kesejukan hujan di pagi Jumaat ini... I came across this picture in my handphone...

KiwiBerry froyo (frozen yoghurt) yang sangat sedap. Packed with goodness (especially with all the fruit toppings), it's a new way to treat your sweet tooth!!

Definitely akan beli esok!! 

Ada Apa Dalam... Beg

"Mr. K, tolong ambikkan beg khazanah tu"
"Ya Allah... beratnya! Apa kau isi dalam ni?"

Insiden 2-3 hari lepas ni membuatkan aku terfikir... Berat ke? Apa je yang aku isi dalam beg tu?

My Bag ada...
dSLR Camera
Purse
Bag make-up
Novel sebuah
Pen
Miniature Perfume
Kunci rumah & kereta
Kad tou...

Errr, list ni nampak macam never ending je... No wonder lah Mr. K kata berat.

Well, I've read somewhere that he always wonder what's in women's handbag. Sebab 'penghuni-penghuni' handbag boleh menunjukkan personaliti seseorang itu.


My Purse dan isi-isinya... Ahem!


So... what is in YOUR bag? ;)

Wednesday, July 6, 2011

What a Pen's Worth

Seperti biasa semalam, selepas habis waktu bekerja, selepas 'Bye-bye' dengan customers, aku merehat-rehatkan diri di customer's lounge dan menonton 'How Do They Do It?'

Show semalam menarik perhatian, dan menyedarkan aku untuk stop taking things for granted.


So before you just leave and abandon your pens just about... everywhere, before you ever think of snap a pen into two... think again. Bukan senang nak buat sebatang pen yang kita gunakan hari-hari.

Monday, July 4, 2011

Let's switch!!

Kacaunya jiwa hari ni. Pagi yang mula dengan sedikit - diulangi 'SEDIKIT' - ceria terus menjadi suram. 


Kenapa? Sebab nak sambung belajar tapi 'Aiseh'. Sebab bengang tapi tak dapat nak luah. Sebab-sebab lain yang entah apa-apa lagi...

Dan atas sebab jiwa kacau pada hari ini... dengan tak semena-mena aku tukar tajuk dashboard.

' Diari Cik Robot '

Robot yang berkaler-kaler? Mungkin

Cuz I have to admit, yang sekarang aku rasa macam robot. Kerana... entah, nanti saja aku fikirkan.

** Sorry la adekku Haris, I took this title away from you... Marilah kita adik-beradik tukar jadi robot pulak.. 

Thursday, June 30, 2011

It's Alia Amanina. Get it?

Nama saya Noralia Amanina binti Osman.


Umi saya cerita, mula-mula saya lahir, ayah nak bagi nama Siti 'Something'. Tapi my late grandmother tak bagi, dia kata saya bukan dari keturunan 'mana-mana'.


Then nak bagi nama Nur 'Something'. Tapi tak jadi jugak. Because my auntie (or fondly called as Mummy), asked my mom if she can name me, since she don't have a daughter. She suggested my mom to name me Alia, after the late Queen Alia of Jordan.


So here I am, as Noralia Amanina. Or better called as Alia.


I still remember clearly, there's this customer in Glenmarie that I used to attend.

The Lady : Okay, I'm leaving my car here. Please call me when my car's ready.
Me : Sure will, Madam.
The Lady : By the way, what's your name?
Me : Alia.
The Lady : (Looking at my desk's name plate) Alia? A-L-I-A ? Like the late Queen Alia?
Me : (Smiling) My mom told me that I was named after her. So, maybe my name is spelled like her name.
The Lady : She's a really nice royalty. She's very generous. I hope that you'll grow up and  be like her. (Smiling, and left)

And somehow, in my current office, people just love to call me Aliya Maisara.


Stop it. It's just annoying. I mean, that name does NOT belong to me.
I'm Noralia Amanina. Or Alia Amanina. Or just Alia.
The elderly in my family tried hard to name me. 


So quit calling me with other names.

Thursday, June 23, 2011

Sincere kah Kita?

Petang semalam... sebelum balik, tangan aku gatal buka Astro di TV dekat office. Maklumlah, rumah sendiri takde (dan rasanya never will have) Astro. Jadi tangan ni sesuka hati bermain dengan remote controller Astro yang banyak butang tu.

Segala tekan menekan membawa aku ke Channel Discovery.
Show yang ada waktu itu adalah 'How Do They Do It'.


Seperti biasa (bila aku buka Discovery, Nat. Geo dan History), mulutku melopong kagum.

Dan paling mengagumkan sekali bila tengok orang-orang dalam isu 'Shipping' kali ini sangat ikhlas melakukan kerja.

The MAERSK ship's Captain worked in this field for 15 years.
The Operations Manager (minute : 3.40 onwards), says that his job is BEAUTIFUL.

They clearly heart their job. Padahal kerja diorang are far, far harder than mine. And yet, I'm still complaining how bad my days are - and I don't think I'll ever stop.

Apa-apa pun, aku kena sit back, relax dan belajar untuk bersyukur dengan kududukan aku setakat sekarang.
InsyaAllah, ada rezeki lain yang lebih baik menanti bila aku teruskan usaha.

Good Night, Dears.

Wednesday, June 22, 2011

Hati? Perasaan? What the...

Kebosanan pada malam ini hanya membuatkan aku…

  • Melayan facebook, 3 minit setengah.
  • Membuka youtube, melayan Super Junior dan NKOTBSB.
  • Membuka facebook kembali sementara menunggu V/Clip habis load - freakin' slooooww
  •  Mendengar muzik yang tersekat-sekat… tiba-tiba teringat

“Alia… hati kau memang keras,kan?”

Oooohhh… What The H, Alia? Tak pasal-pasal je ko jadi sentimental ni?

Entah.

Ayat tadi tak sepatutnya memberi sebarang impak, sebab aku dah biasa sangat dengar. Tapi tak pasal-pasal ayat ni jadi luar biasa sebab a few months back, aku dengar ayat ni keluar dari mulut seorang lelaki, for the FIRST time.

Hmmm… no comment.

I mean, even I myself just don’t know what’s wrong with me?
Aku tak suka boys ke? Suka je.
Tapi entah kenapa… perasaan tu cuma setakat itu. Untuk lebih-lebih… Zero. Kosong. Titik.

Apa-apa je lah… InsyaAllah, one fine day, aku akan temui manusia yang  Allah cipta untukku. Allah knows best, kan3?



Yeah… Alia. Awak dah mula merapu. Sudah-sudahla fikirkan sangat hal ni… sambung je bila ada masa lain nanti…

Wednesday, June 15, 2011

Read My Lips : W H A T E V E R

Yeah....
Finally, aku ada benda untuk menulis pada hari ini
Credits to people that I attended today... Thanks a lot for your contribution.


Hari ini, aku mulakan hari dengan penuh keceriaan. Tapi 'ceria' itu terus mati apabila...


8.35am...
Telefon line blinking, menandakan ada call tengah hold, tapi belum pick up. Dengan niat yang baik - tak mahu si Pemanggil tertunggu-tunggu- aku mengangkat line tersebut.


Aku : Hello Sir... Cari Encik H ya? Maaf, dia ada dalam bilik boss. Boleh saya dapatkan pesanan?
Sir : Alamak...this is most probably 10th time I called. Hey, you know what? Kalau I call Prime Minister tengah-tengah malam pun... dia boleh angkat tau.
Aku : I'm truly sorry Sir. Regar...
Sir : (Memotong) I've been calling him since 3rd June. Asyik tak dapat.
Aku : Tak apa Sir, I ambil pesanan. Nanti I beritahu dia untuk call balik.
Sir : How can he be so fu**ing busy? Orang kerja biasa pun susah contact ke? Dahla you all punya fu**king phone always fu**king busy.


Beep!
Incoming call. Aku angkat. End of conversation.


Eh? Ye ke dah habis cakap? Sepatutnya belum. But I made it yes.
Kenapa angkat lain yang lain tu? Sengaja.
Sengaja? Ya.
Kenapa? Cuz I'm soooooo not related to his car. I really don't know anything!!


Jahatnya Alia. 


Jahat? No la. Cuma tak mahu temperature darah naik, kemudiannya mendidih. Aku hanya ingin mengelakkan mulut dari menjawab, " Sir? What is your fu**king problem? Do you know that actually I don't really give a damn?"






I don't care. Seriously.


So dear friends, I DO know that it is really hard to keep cool and prevent from using foul words when you're mad. But please, the people who picked up the call, normally they don't know your stories.


Receptionists, Waiters, Frontliners and Service Providers are NOT for your entertainment. Find the right person to pour your heart's content.



Thank you.

Wednesday, June 8, 2011

Buka... Buku Baru?

Hari ini officially aku menjadi 'ahli' baru di Pusat Servis Kepong...


How was today?...
Ok je.. kot.


Macam orang takde perasaan je kan?
Tapi memang itu aje lah yang aku rasa...
Sebab masih lagi dalam proses menyesuaikan diri... Mungkin lepas seminggu, atau sebulan dua baru aku boleh bercerita pasal tempat kerja baru ini dengan lebih terperinci. Nampak cambest.


This is it, I guess.
Goodbye Glenmarie. Jika ada umur yang panjang... kita jumpa lagi.

Thursday, June 2, 2011

1st Impression

"Never Judge a Book by it's Cover"
We keep on telling each other this sentence, but in the end, we're still unable to run away from judging people.

Hari ni, sambil merehat-rehatkan diri dari hari yang rasanyanya sangaaaaaaat panjang, aku flipped over akhbar New Straits Times. Segala selak-menyelak surat khabar membawa aku ke bahagian Niexter for teens. Tajuk hari ni menarik perhatian, kerana ia mengingatkan aku untuk kembali ke dunia nyata, dan look around for people who're watching me - maybe curiously, suspiciously dan blah blah.

Stereotype.
Benda ni sama je dengan labelling people. Dengan sekali pandang saja, otak kita dengan pantasnya bagi maklumat : 'So... she's wearing black from head to toe. She doesn't smile and overly sensitive. She's goth"

www.psychologytoday.com

Ok.
Ayat di atas tu cuma contoh.

Me, you and everyone else mesti pernah label orang macam ni jugak kan? Tak perlu kata tak pernah ada 'habit / hobi' ni jika..

"Awek ni riuhnya gelak ketawa. Mesti gedik."
"Berkepit dengan PC dan buku je memanjang. Nerd!"
"Melaram sakannya dia ni. Mesti boros beli baju and accessories."

ayat-ayat di atas pernah terlintas dalam otak korang.

But then again, labelling people is not nice, lah macha.
Agak-agak apa akan jadi kalau kita semua pakai baju se'pesen', kongsi hobi yang sama beramai-ramai, semua orang beli kereta brand sama dan apa-apa yang samalah.

Mesti tak best, kan?


So, marilah kita sama-sama mengurangkan sikap stereotype kita terhadap one another. Because regardless of skin 'colors', race and religion, we stayed together in this God created world. It's just another fact that you have to live with!

Wednesday, June 1, 2011

Terima Kasih...

Hari ni ayah lambat sampai untuk mengambil anaknya pulang dari office... (sementara nak tunggu kereta baru keluar ni, berhantar berjemputlah aku everyday)

At 6.45 p.m baru ayah sampai.. Then kami start bergerak nak balik rumah. Tengah tunggu traffic light tukar hijau di 3-Junction traffic light... tiba-tiba engine mati. bila cuba start balik, dapat crank aje... engine tak hidup.



Ada 1-2 staff Proton and DRB-HICOM staff yang lalu jalan tu cakap... "Pergi check kat Proton Service... ada orang lagi tak?". Aku pun cross jalan, lari-lari ke Service Centre (nasib baik dekat).

Sampai je kat Service Centre Proton, nampaklah 2-3 orang technician tengah prepare nak balik. Minta tolong sekali aje, terus salah seorang bawa motor pergi tengok kereta ayah yang stuck kat tengah-tengah jalan tu.

Tak lama lepas tu, dia panggil kawan-kawan dia untuk tolak kereta ayah (lawan arus!!) ke area Glenmarie balik... 

Ada satu technician lain tengok, dan try crank kereta. Dia cakap... " Crank angle sensor dah rosak. Kena ganti. Encik nak buat sekarang ke?"

Ayah minta buat there and then. And they did!



Our car was ready at 8.00 pm..

Terima kasih buat technician-technician yang bantu kami... dan tolong ganti barang dalam gelap.
You showed us that YOU DO CARE about your customers. Minta maaf sebab korang terpaksa balik lambat ke rumah disebabkan kereta kami.

Thank you, again.

Saturday, May 28, 2011

Malam yang Sepi...

Tadi baru je habis tengok Remember the Titans kat TV2...
Then here I am, duduk dalam bilik, melayan lappy di malam yang sepi ini..
Hahaha..
Macam bermadah pulak kata-kata tadi...


Entah kenapa, tangan aku laju aje buka youtube sementara nak tunggu facebook loading...


And I came across this song... and it's music video
** Menyedihkan diri sendiri sekejap


Yeah... somebody used to be 'My Only Exception'
But he's already gone... Allah lebih sayangkan dia


I hope that Allah place you amongst the pious and righteous, mi caro


Good Night

Wednesday, May 25, 2011

Maaf Cik, Meja Dah Penuh

Ini adalah cerita terkini!!


Pisang Goreng Panas!!!! (azzamoro.blogspot.com)


Ceh... Poyo je ayat tadi. Cerita ni cerita baru (because it happened today), tapi ni sebenarnya senario yang tiap-tiap hari dan masa berlaku.


Ehem! Terimalah....


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

THE SAME OLD STORY

At 1p.m today (25 May 2011), a lady with her two friends went to De Palma Hotel Shah Alam to have lunch. When she arrived, she went to the receptionist…

The Lady              : Good afternoon, Miss.
Receptionist       : Good afternoon. How can I help you?
The Lady              : We would like to have our lunch at the ‘Western Wagon Buffet’… Can you show us the way?
Receptionist       : (Gesturing) You can use this way to go there, madam.
The Lady              : Thank you.

So the lady went to the dining area as instructed by the receptionist. On her way there, the receptionist ran past them, and talked – whispered  to the man who managed the dining area. (Let’s just call this man Mr. G). The lady and her friends saw her action.

When the lady arrived…

The Lady              : Hello. May we have a table for three persons?
Mr. G                    : I’m sorry madam, the tables are fully booked.
The Lady              : Oh. Okay.

Before the lady turned away, she saw that there are plenty of tables without the booked sign. But being a nice person who would not argue about things like this (the way she was treated), she just walked away.

End of story.



By the way, the lady is my MOTHER. Just now at dinner, she told me this story. It makes me wonder…

  • -          So… this is ‘First Impression Discrimination’
  • -          Why wasn’t she and her friends welcomed? Is it because of the way they dressed – not glamorous enough? Or is it because one of them donned the ‘ Pembantu Am Pejabat’ uniform?
  • -          Or is it because ‘I don’t think this ‘mak cik’ can pay’?
  • -          Or maybe there were really no tables available… (MAYBE)


My mother said some people who are already having their lunch are staring at them and tried to eavesdrop.

Put yourself in their place. How would you feel?

Whatever.

Let’s just put this away…

I worked at the frontline. I know that this is very wrong. If I can’t accept a customer, I would at least suggest my company’s customer to book another appointment.

My mother is not asking for free meals after I wrote you this very e-mail. She already swore that your place is the last place she would ever think of if we’re dining out. She just don’t want this to happen to others.

Anyways, my friends are already reading this at my blog. Let’s just hope my who-so-ever friends doesn’t eat my words.

Cheers.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ini adalah e-mail yang aku baru je hantar kat De Palma Hotels Management dan Human Recources tadi.

Malas nak cakap banyak-banyak... Rasanya e-mail ni dah terangkan segala. Anda semua fikir-fikirkan je lah.

Tiba-tiba terasa.... lapar


Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat

Semalam, tengah syok-syok layan lappy, umi ketuk pintu suruh mandi (8.20 pm)


Tengah tarik tuala, umi kata
"Kakak tak dengar berita? Rumah anak yatim kat Hulu Langat tertimbus dengan tanah runtuh."
"Pukul berapa?"
"2.30 pm tadi"


"Oh.." kata aku. 'Kesiannya...' kata yg disimpan dalam hati.
Then ayah cakap... ' Kita kalau kena macam ni, jerit panggil 'Mak!!', 'Ayah!!'. Diorang nak panggil apa?"
Aku terdiam lagi.


Yang sebenarnya, aku dah kehabisan kata-kata. Bila dengar atau lihat benda macam ni, aku jadi sedih...
Ya, bayangkanla kita berada kat tempat mangsa-mangsa bencana alam, perang, etc. Apa perasaan kita pulak??


Baca berita yang seterusnya di The Star dan Berita Harian... 
T__T


Kalau la aku tak bernasib baik macam diorang...

Monday, May 16, 2011

Perihal Kekasih

Ini adalah cerita cinta… aku dan dia.

Cheh! Berdrama lagi!

 Whatever. Aku memang peminat chick flicks.. tapi bukanla seorang yang suka meng’involve’kan diri dengan love eww eww ni (bak kata Khairul). Cinta = mencari penyakit.

Tapi bercinta dengan benda non-human ni…tak salahkan?

Hari ni datanglah seorang customer kami… Dia ni boleh dikirakan sebagai pelanggan setialah. Setiap sebulan atau dua bulan sekali, memang nampaklah muka dia dan kereta hitamnya di service centre kami. Hari ni aku yang attend dia untuk advice car service.

Aku : Assalamu’alaikum Encik S. Apa saya boleh bantu hari ni?
Encik S : Saya nak service kereta. Mileage 166 000 km.
Aku : Kereta ada apa-apa masalah tak?
Encik S : Tak ada. Tapi mileage saya dah banyak. So saya nak minta technician check dan estimate, bila kereta saya kena buat major car overhaul.
Aku : Car overhaul? Kereta encik ada leaking ke?
Encik S : No lah. Ok je. Sepanjang saya gunakan dia, she’s been very nice to me.
Aku : Oklah, kalau macam tu. Kita tengok kereta.

Dalam perjalanan ke kereta… dia pesan. “Tolong tengokkan eh? Ni je la girlfriend yang saya ada”

Otak terus berfikir… Lah… ada jugak orang ‘pelik’ cam aku ni.

Pelik??

Yes! Itulah kebenarannya. Aku seorang yang pelik. Orang yang kenal aku memang tau yang aku sangat devoted pada gadgets. Aku memang tak boleh berenggang lama dengan my phones, PC, lappy and mp3. Silap haribulan susah tidur woooo... Parah jugakla kes aku ni kiranya...

Heh, I also like cars (boyfriend baru yang akan tiba), cooking, makan-makan, kasut and pretty girls (Much to most guys amusement)

Pretty Girl and a dSLR... <3


Antara punca kehabisan duit... :'|





Tak kisahlah. Semua orang ada ‘cinta’ masing-masing.

Tapi apa-apa pun… jangan diabaikan ALLAH yang memberikan cinta kepada kita-kita hamba-Nya