Friday, January 27, 2012

Cuti Tips - Langkawi

Hello all.
Yeah. Aku tau, aku mungkir janji. Sepatutnya post ni dibuat ASAP selepas post New Year hari tu, tapi oleh kerana busy - konon - post itu ditangguh-tangguh. Buat hari ini pun sebab office tak busy, kalau tak, hareeem.

Anyway, here goes:

Pergi.

  • Very recommended untuk korang book tempat penginapan, sekurang-kurangnya seminggu sebelum datang ke Langkawi sebab Pulau ni memang femes waktu cuti.
  • Disarankan untuk bawa kereta sendiri - naik feri besar - kalau korang nak stay lama di sini. Mainly because :
    • Sewa paling rendah adalah RM80/ hari - untuk sebuah kereta Iswara lama - boleh mencecah RM150 waktu LIMA.
    • Condition kereta sewa tak semestinya baik. Faham sendiri.
    • Korang mungkin akan kena tipu sewaktu mencari parking di area Jeti. Ayah aku kena tipu RM20/hari oleh penyamar 'jaga' parking. The real parking lot owner hanya charge RM10/hari. Caharam.
  • Keluar rumah seawal yang boleh, untuk sampai di jeti seawal yang boleh. Supaya korang dapat feri yang awal. Kalau korang dapat feri petang - petang pulak selalu hujan - korang jugak yang takut bila feri melambung tengah laut.

Activites during your stay
  • Korang boleh pergi ke Taman Laut Negara - the one I mentioned in here - Tempahan boleh dibuat di jeti tempat korang depart untuk ke Langkawi.
    • Note : Pada hari 'main air' korang, sila tunggu bas di jalan utama pulau ni. Bas hanya akan pusing sekali keliling pulau sambil membunyikan hon 2 kali. Kalau kena tinggal, consider burn aje lah tiket RM200 korang.
  • Boleh singgah di Underwater World di Pantai Cenang.
  • Shopping pinggan mangkuk sangat digalakkan, sebab gila murah. Sila promote kat mak-auntie-nenek korang kedai Idaman Suri atau store Haji Ismail Group yang femes tu.
  • Kalau korang gilakan coklat, boleh pergi kedai Haji Ismail Group (HIG Store) jugak. Kalau coklat yang korang nak cari tak ada (Note : Imported, i.e : Ragusa, Karl Fazer & Hanuta), korang boleh pergi ke Zeno Duty Free Shopping Centre, 5 mins walking distance dari HIG Store.
  • Beli gadgets tak disarankan di sini. Ada sorang kakak Kastam beritahu, harga electronics gadgets lebih kurang sama je dengan kat KL.

Balik
  • IF possible, bungkus baju kotor - or maybe bersih - korang dalam kotak, poskan ke rumah. Save some space in your bag untuk souvenirs, chocolate and any small trinkets.
  • Belilah tiket pulang seawal yang boleh. Sebab umat manusia yang nak balik petang terlalu ramai, dan untuk pengetahuan anda, feri selalu overload. Hari tu kami tak dapat naik feri 'Something' sebab dah penuh, dan disuruh naik feri 'Something Else' sambil awak-awak menjerit "Free Seating, Free Seating". Caharam.
  • Kalau korang tak bawak balik banyak barang, naik je kapal terbang. Shorter journey duration, dan konfem-konfem kapal terbang tak akan overload.
Heh. Banyak aku membebel