Monday, October 17, 2011

Jariku.... Menceceh

Dia... menarik perhatianku.
Bibir merah bercalit gincu. Pipi merah dielus berus blusher. Mata biru contact lens. Alis mata lentik dibentuk maskara. Kening berlekuk cantik.
Sekali dia bersuara...
Aisey, 'kanak-kanak' sekolah.

Aku perhatikan dia lagi.
Tudung lilit ala Yuna.
Baju pink dengan puff di bahu - trend awal hingga pertengahan tahun ini.
Kasut hitam berbatu-batu 2 inci.

Bibirku terkunci... tapi hati menjerit
"What the hell? Gaya macam budak umur 17 tahun!"

Ibunya ada bersama. Hanya memerhatikan anak perempuan bongsu ini, bersama kakak-kakaknya yang lain - berpakaian lebih kurang serupa, - membelek-belek bahan masakan di rack TESCO itu. Tiba-tiba kedengaran suara si emak, "Tak payahla pegang lebih-lebih... korang bukannya nak masuk dapur pun...". Salah seorang anaknya yang lebih tua hanya menjongket bahu, sambil tangannya lincah menaip-naip di handphone Nokia keluaran tahun lepas.

Keningku terangkat - dan aku menyedarinya, lalu aku palingkan wajah sambil tersenyum sumbing.

Ooohh.. as far as I can remember... 
  • Dulu, baju-baju aku hanya dipilih oleh Umi. "Supaya tak menjolok mana-mana mata dan sesuai gaya dengan umur," katanya. Aku hanya dibenarkan untuk memilih kasut, macam mana pun yang aku suka - yang menyumbang kepada hobi mengumpul kasut sekarang.
  • Aku mula masuk dapur masa darjah 1, mula kupas bawang. Masak nasi dan Sardin sewaktu darjah 3. Mula masak sup sayur by darjah 6. Mula 'bermain' dengan tepung pada Form 2 (aktiviti memasak berkurang bila di sekolah Menengah, kerana masuk asrama), dan berjaya membuat cake dan chocolate muffins untuk di jamu kepada roommates.
  • All time single - until I met him waktu Form 5, dan kami couple - rolling eyes - pada tahun berikutnya... dan putus 3 bulan kemudian. And have been single again ever since, happily.
Entah.
It is really kinda weird seeing 'kanak-kanak' dress up dan berlagak matang - diulangi 'berlagak' - melampaui usia sendiri.
Kerana semasa aku di usia mereka, aku enjoy every bit of my life - jadi baik, jadi nakal, jadi baik semula, risau pasal puberty, risaukan exams, sibuk menyiapkan diri untuk segala macam tournament yang aku join, ligat mengerahkan otak untuk menyahut cabaran supaya berdiri sama tinggi dengan budak sekelas yang kebanyakannya lelaki... dan segala macam lagi.

And I continue living free - gila lari ke sana ke mari - until I graduated in 2009.

Dan kemudiannya aku bekerja. Terpaksa berhenti buat kebanyakan benda yang aku suka.

Awww... how I wish I can turn back time... dan lakukan lebih lagi.

Ahem.

My suggestion? 
Enjoylah hidup muda korang selagi boleh. Tak perlu risau macam mana nak bermake-up supaya setanding 'cantik' dengan kawan korang, atau baju siapa lebih fashionable. Juga tak perlulah risau pasal boyfriend-belum-tentu-kahwin korang tu. Baik concentrate belajar tulis-baca - dan memasak. 
Percayalah, lagi tinggi korang belajar, lagi banyak lelaki lebih baik yang korang boleh jumpa... InsyaAllah. Dan dengan package memasak ala chef korang, confirm hamba-hamba Allah yang baik hati nak buat korang jadi isteri.

Ahahaha XD

No comments:

Post a Comment