Thursday, August 25, 2011

Menyelamatkan Diri..

Wow!

WOW!

Rasanya dah sangat lama aku tak merepek & menganyam ketupat di sini... tapi memandangkan raya semakin dekat (dan Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya T-T ), aku kena juga meng'excercise'kan jari)..

I'm sure korang - especially ladies- dah selamat shopping... dah siap menggosok baju-baju raya, dah ready untuk keluarkan heels baru korang dari kotak-kotak... nak melaram sakan di Hari Raya.

Tapi berjaga-jagalah! Jika anda bakal berjalan banyak dengan heels-heels yang stunning itu, anda mungkin akan terjelepok jatuh... atau pun merasa sakit kaki.

So, I'm suggesting these item untuk diletakkan di dalam beg Raya korang yang berbau kedai itu






Foldable ballet flats with Flanil Cream or Voren Plus Gel to soothe your soon-to-be-aching feet. Bolah cari di local drugs store.

I'm suggesting because I have them in my enormous bag. They're my life - and dignity - saver. Terutamanya bila aku keluar berjalan-jalan seorang diri... Aku tak mahu dilihat sebagai org lemah bila kaki terpelecok, I want to be seen as strong. Ya la... aku kan ego!!

Hahahaha.

Tuesday, August 9, 2011

MESTI PILIH? Don't Make Me Laugh


Semua ingat iklan ni? 

Nampak macam very helpful, kan? 

Tapi semuanya hanyalah sekadar iklan...

Hari ni me and a few friends pergi ke Bank Rakyat cawangan Kepong, untuk tukar RM250 kepada duit singgit & 5 hinggit kertas tu... Waktu pergi ke kaunter, kawan aku nampak diorang tengah melepak-lepakkan diri sebab tak ada orang langsung - diulangi : KOSONG. ZERO. Then my friend pun cakap...

My friend : Assalamu'alaikum. Nak tanya, boleh tukar duit tak kat sini?
Orang Bank : Nak tukar duit kecik ya?
My Friend : Betul.
Orang Bank : (Gelak) Untuk duit raya ke?
My Friend : Takla... untuk service centre. Kitorang takde duit kecik untuk bagi baki kat customer.
Orang Bank : (Dengan riak malas) Oooohh, kitorang pun takde duit kecik.
My Friend : Tukar untuk RM 100 ada.
Orang Bank : Tak ada.

Then kami pun membawa diri ke Public Bank di area yang sama. Waktu mula-mula sampai Public Bank rasa macam 'OMG!! Ramainya umat. Lambatla kita balik office...'

Tapi dengan sekali pertanyaan di kaunter. Kami tekan butang A dan proceed ke Kaunter 11 (dalam masa tak sampai 5 minit).

Dengan turutan 
-"Selamat sejahtera, Cik. Boleh saya bantu?"
-"Berapa banyak wang you mau tukar?"
-"Turutan wang apa you nak?"
-"Ok Cik, sila beri nama dan nombor telefon"
-"Ok Cik, duit RM250 dah tukar. Terima Kasih, datang lagi"
proses tukar duit dapat di-settle-kan dalam masa 3 minit.

So, sorry Bank Rakyat... from the observation of a service advisor from a local car company...
YOU FAILED!!
Saya mesti pilih? Never.