Monday, August 26, 2013

Women's Equality Day!

Reblogged from Upworthy

Seriously, after reading this, do the Beyonce dance.



7 Ways to Tell If You Are A Bad-Ass Woman


1. When you don't self-deprecate, put yourself down, or play down your achievements


Quit putting yourself down, because it's only hurting ourselves


2. When you stand your ground like a total boss.




3. When you go out and protest and you have this look on your face


This little girl and her awesome dad are protesting sexual violence in India


4. When you are not afraid of your sexuality


"Parks and Recreation" fans, appreciate.


5. When you give real talk and not be afraid of holding back from speaking your mind


Thanks, Lucy Liu.


6. When you appreciate the power of pizza. Because... let's be real here.


Daria


7. When you got shot in the head and you still fight for your rights.


Malala Yousafzai.  Click here



So basically, if you can relate to any of these things, go ahead and do your Beyonce Dance.



Tuesday, August 13, 2013

Ikan Cencaru Belah Belakang

Assalamu'alaikum.

Ahem. I'm not really sure if this is still relevant to be said, but... "Salam Eid Mubarak!" aku ucapkan kepada sesiapa saja hamba Allah yang singgah ke blog ini. 

Hari ni, dalam 5-10 minit aku belek2 blog, aku terperasan... "Banyaknya post masak-memasak ni! Aku kekurangan idea ke apa?". Tapi bila fikir balik... tak apalah kot. Post-post 'Cooking Warfare' tu macam kongsi ilmu - ilmu memasak. Hehehe~~

Oh, namanya 'Cooking Warfare' sebab hampir setiap kali memasak, inilah reaksi aku:


Anyway. Sejak Isnin lagi me and my parents mula berpuasa sunat Syawal - aka 'Puasa Enam'. Bagus sebenarnya puasa lepas raya ni, tau? Dapat merehatkan perut yang dah makan hampir tak berhenti-henti sejak 1 Syawal tu.

Untuk berbuka semalam, kami bercadang untuk makan nasi. Dan aku ditugaskan oleh Ummi untuk masak lauk best ni - Ikan Cencaru Belah Belakang.


3 ekor ikan cencaru
Serbuk kunyit
Garam

1 1/2 biji bawang bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 atau 3 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji tomato
4 camca sos tomato
1 sudu teh belacan
Garam
Gula
Sedikit air

1. Belah belakang ikan - jangan sampai tembus ke bahagian perut.
2. Bersihkan ikan. Lumur dengan garam dan kunyit.
3. Masukkan semua bawang, cili merah, cili padi, sos tomato, belacan, garam, gula dan air dalam blender. Blend agak-agak separa hancur.
4. Potong tomato kasar-kasar. Masukkan dalam blender. Blend lebih kurang 3 - 5 saat.
5. Panaskan minyak.
6. Sumbat sambal (campuran bawang, belacan dengan tomato) yang blended tadi kat belakang ikan. Ketepikan baki baki sambal.
7. Goreng ikan. Bila dah agak garing, keluarkan dari minyak dan toskan.
8. Buang minyak goreng ikan tadi sampai tinggal agak-agak 3 sudu makan.
9. Goreng sambal tadi sampai pecah minyak.
10. Tuang sambal atas ikan.

*telan air liur*



Selamat 'berperang' di dapur.

Tuesday, July 2, 2013

Cottage Pie - My Comfort Food

This story is SO last week.

Ya. Last week, hamba-hamba Allah di office secara tiba-tibanya rancang nak buat potluck. I was thinking of making trifle pudding - because making desserts are my expertise (sort of) - tapi sebab ada orang lain dah sebut dulu, I just need to think of something else yang simple dan boleh dimasak dengan minda yang 'blur' pada jam 5 pagi.

And this food suddenly popped into my mind. Cottage Pie.

Ya... I tahu kebanyakan orang panggil benda ni Shepherd's Pie. Tapi kalau ikut 'Kamus Inggeris British' milik ayah, Shepherd's Pie is made of minced mutton, and Cottage Pie on the other hand is made of minced beef. So yeah, I somehow insisted on calling it Cottage Pie.

This pie is my comfort food - selain dari ais krim dan pemanis mulut (mood 'sweetener', literally). I eat this when I'm utterly hungry, or upset, or just because. Cuma selama ni beli kat Secret Recipe. Kali ini, aku nak buat sendiri - pergh, dup dap dup dap jantungku.





500g minced beef, dicuci dan tos
1 1/2 atau 2 lobak merah, potong dadu
1 bawang besar, cincang
1 ulas bawang puting, cincang
2 camca tepung gandum
400 atau 450ml stok daging (I made mine using 400ml hot water + 2 cubes of beef stock)
1 camca sos Worcestershire
1 camca tomato puree
Garam dan Lada Hitam

2 atau 3 biji kentang Russet (saiz besar)
1 lobak merah, saiz sederhana
1 atau 1 1/2 camca butter


1. Panaskan air (untuk rebus kentang dengan lobak merah) dan masukkan sedikit garam. Sementara tunggu air panas, mula panaskan kuali.

2. Panaskan 2 camca minyak, tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan minced beef, goreng kacau dalam 5 minit. Masukkan lobak merah dan bawang besar, kacau dalam 2 - 3 minit.

3. Masukkan tepung gandum, kacau sampai sebati.

4. Masukkan stok daging,  sos Worcestershire  dengan tomato puree. Kacau sampai sebati, tutup kuali, biarkan mendidih dalam 10 minit. Sambung mendidih selama 5 minit, dengan kuali terbuka.

5. Sementara daging mendidih, boleh potong kentang dan lobak merah (in big chunks), dan rebus dengan air panas bergaram tadi, dalam 15 - 20 minit. Meanwhile, set oven to 200 Celcius.

6. Toskan kentang dengan lobak merah (simpan sedikit baki air). Masukkan diorang dalam mangkuk, masukkan butter, then turn them into mash.

7. Tabur garam dan serbuk lada hitam pada daging, kacau. Tutup api.

8. Masukkan daging dalam mangkuk casserole, top with potato and carrot mash. Bakar dalam oven lebih kurang 10 minit.

Et voilĂ !


Nota:
a) I did not put cheese on top of my pie, since some people in my office don't like cheese.
b) My pie (above) nampak pelik sikit, sebab instead of boiling the carrots, I grated them and drizzle them on top of the potato mash! Sort of a BIG mistake.
c) Kenapa guna kentang Russet? Sebab kentang jenis ni mudah empuk, and they have a creamy texture.
d) Baki air rebusan kentang tu gunanya waktu lecek kentang dengan lobak merah, kot-kot kalau nampak kering...
e) This pie can be stored if you don't want to eat it right away. Masukkan daging dalam bekas, ratakan kentang and lobak merah lecek, sejukkan, simpan dalam freezer. Thaw completely before reheat in oven for 30 mins.


Oh. Maybe later this week, I'll tell you guys about 'Lamb Shanks in Grape Juice' that I made a few weeks ago. Until then...

Sunday, May 19, 2013

My Kind of Pizza

It's Sunday... my bones and body are heavier than usual. But I have got to eat something for dinner.

Jadi anak manja ni pun cakap... "Kita nak makan apa malam ni, Umi?"
And she replied, "Kata nak buat pizza pakai baki wraps tu? Tak jadi ke?"
Dalam hati, "Yes!" sambil fist pumping.

This is my kind of pizza. Jenis yang tak perlu susah payah untuk uli tepung untuk dibuat crust, dan juga untuk mengelakkan dari beli ready made (frozen) pizza crust - because I am not a fan.

So, this is what we did.



With ingredients that were available around the house:

Wraps (Roti)
Sos spaghetti (leftover)
Sos tomato
Sosej
1/4 bawang besar Holland
Nenas dalam tin
Cendawan butang
Keju Mozzarella
Keju Cheddar
Italian Herbs (we used McCormicks)


1. Hiris Sosej, bawang besar dan cendawan. Sagat keju mozzarella. Hancurkan keju Cheddar (I used a blender, sebab keju ni keras.). Preheat oven 200 degree Celcius.
2. Letak sekeping roti atas dulang. Letak sos spaghetti, agih rata. Tabur dan ratakan keju mozzarella.
3. Tutup roti tadi dengan sekeping roti lain. Sapu sos tomato.
4. Susun sosej, dan taburkan sikit keju mozzarella. Susun cendawan, nenas dan bawang besar.
5. Tabur sikit lagi keju mozzarella, sambung dengan keju Cheddar.
6. Tabur Italian Herbs
7. Bakar selama 20 - 25 minit.

Cuma pesan aku, banyak bersabar waktu proses nak potong pizza sebelum makan. It's NOT easy, dan aku cadangkan korang pakai gunting dapur (nota: yang bersih) untuk potong pizza.

Cheers.

Monday, April 29, 2013

Reasons

I just find this (vid) too irresistible to not to share.



Oh, well.
Hope your Monday is okay.
Selamat pulang dan berehat.

Wednesday, April 3, 2013

Nama Saya... Jangan

Copy Paste dari luahan rasa sendiri semalam, di facebook.

*Ehem

Ini adalah pesanan.
Nasihat

Untuk adik-adik saya dan untuk mereka yang layak bergelar 'anak-anak' saya. Generasi Baru.

Tolong. 

Tolong jangan ambil gambar-gambar kurang sopn kau orang dan post di facebook, juga instagram, mahupun twitter.

Kalau kau orang ada buat benda tak baik - yang pastinya benda yang kau orang tak akan beritahu ibu bapa sendiri, tolong jangan dicanang, dihebah dalam media sosial.

Aku yang tengok dan baca pun malu.

Apa kau tidak merasa begitu? 


* Aku bukan sempurna, tak pernah buat salah. Tidak.Aku sendiri pun masih berusaha menuju ke arah kebaikan. Baca, dan simpan surah Al-Asr dalam hati. Jangan terus berada dalam kerugian.

Wednesday, March 6, 2013

Seafood Tom Yum

Hello lovely readers.

Dah agak lama juga aku tak memenatkan jari. Sibuk memanjang (kononnya). Tapi entri kali ini tak akan panjang berjela-jela, kerana aku nak main Need for Speed yang tergendala sekejap tadi - Lost Internet Connection - haish.

2-3 minggu lepas (hari Sabtu), aku ada masakkan tom yum campuran ayam dan daging untuk para manusia yang bekerja di office.

Tengah seronok makan tu, officemate - Mrs. W - cakap, "Alia, kenapa tom yum kau tak rasa macam kat kedai, eh?"
"Oooohh, cara masak tak samalah. Kedai buat lain, aku buat lain."
"Tapi apa-apa pun, aku tak reti buat benda ni, boleh bagi resepi?"

Oh well. What I did actually was gave her the recipe of "Chicken/ Beef Tom Yum".
Untuk entri ini aku tulis respi untuk "Seafood Tom Yum". Just because.


Pes tom yum        1 atau 2 peket
Air asam jawa        1/2 cawan
Sos ikan        5 atau 6 sudu makan
Sotong (besar)        3 ekor
Udang (sederhana)        6 ekor
Bebola ikan        1 peket
Kek ikan        2 batang
Serai        1 atau 2 batang
Lengkuas        1/2 inci
Daun limau purut        3 helai
Bawang putih        3 ulas
Bunga kobis
Lobak merah
Cendawan
Cili api
Tomato
Bawang besar


1. Didihkan air (Oh, aku letak 800ml air dalam periuk). Sementara tunggu air mendidih, bolehlah potong-potong sayur.

2. Masukkan pes tom yum, serta serai dan lengkuas yang diketuk.

3. Masukkan sos ikan, bebola ikan dan kek ikan.

4. Bila air mendidih sikit, masukkan sotong dan udang.

5. Masukkan daun limau purut, bunga kobis, lobak merah cendawan dan cili api. Bila this first batch of vegs agak empuk, masukkan tomato dan bawang besar.

6. Ketuk bawang putih dan tumis. Masukkan tumisan ke dalam tom yum bersama air asam jawa.

7. Masukkan garam.


Gambar ehsan tumblr


Nota akhir:
- Bebola dan kek ikan serta tumisan bawang putih adalah optional. kalau korang pergi kedai, tak ada dalam tom yum kan?
- Resepi ini menggunakan air asam jawa untuk elakkan Umi saya pedih ulu hati lepas makan, sebenarnya. Resepi asal menggunakan perahan air limau.
- Tabur dengan daun ketumbar jika mahu tambah bau pada tom yum. (Ada sesetengah orang tak suka)


Good luck!
* Back to racing with my Nissan 240

Thursday, January 24, 2013

Versus


Kejam.

Some small voice from the corner of my heart screams, “Kau kejam!” to my head. To my brain, literally.

“Maaflah,” Pujuk akalku. “Tapi untuk kali ini, kau mesti juga dengar cakap aku.” Sambungnya.

“But he seems like a really nice guy.” Bentak hati kecilku.

“I know. It’s just that… not this time.”Balas akalku.

“Kau tak pernah interfere sebelum ini. Jadi kenapa kali ini?” Soal hati kecilku. Mencabar akalku.


"Ayat pemberiannya. Kita baca ayat ini bersama, bukan?" akalku bertanya.

"Ya. Dan kemudiannya kau mengarahkan sang jemari menaip SMS itu. SMS. Itu. That. Blasted. SMS." bidas hati kecilku.

*mengeluh

"Maaflah kerana tak berbincang dengan kau terlebih dahulu. Tapi tindakan yang aku ambil itu bersebab." terang sang akal.

"Selepas baca ayat itu, aku segera menyuruh sang jemari membuka facebook, dan membuka profilenya. Kemudian aku baca satu persatu status yang ditulis oleh dia."

"Eeeehh!!Kau tak pernah begini. This is SO not you. Stalker!" tuduh hati kecilku.

"Aku stalking bersebab." akalku mempertahankan tindakannya. "Dan dari situlah baru aku terperasan, ramai gadis yang boleh melayannya dan memberikannya perhatian lebih baik dari kita. Kau ingat tak apa yang jadi setiap kali kita dan dia bersembang di whatsapp?"

Diam.

"Kerja yang sepatutnya kita tumpukan perhatian dan buat sepenuhnya kadang kala terbengkalai. Ada masa kita terlampau sibuk, kita tak boleh nak membalas mesej-mesej dia, yang aku pasti selalu membuat dia terasa seperti tak diperdulikan."

"Jadi, cadang kau di sini?" Hati kecilku bertanya, perlahan.

"Kita jangan jadi tamak. Juga jangan jadi hipokrit. Aku memang dari awal lagi sudah terfikir. Memberi harapan padanya - dan diri kita - bukanlah sesuatu yang mudah. Terus terang aja padanya." jawab akalku.

"Dan itulah yang kau terus lakukan hari itu..." kata hati kecilku.

"Ya. Dan dari gaya tulisan balasnya hari itu, aku boleh agak dia sedikit kecewa. Aku rasa kau juga begitu. Tapi pada hemat aku, biarlah kita berlaku adil - pada dia dan gadis-gadis lain di sekelilingnya. Aku fikir mesti ada yang suka padanya, tahu?" sambung akal.

Hati kecilku senyap. Mengalah.

"Baiklah." hati kecilku mula mengundur diri.

"Hei. Janganlah begitu. Kau kena ingat. Banyak lagi benda yang belum kita capai. Bukankah hari itu kau kata kau teringin mahu memanjat gunung? Juga mahu backpacking keliling Malaysia, looking for it's wonders?" Pujuk akalku.

"Ya. Aku teringin sekali mahu sempurnakan azam itu tahun ini." hati kecilku sedikit ceria.

Senyum.

"Sudah. Let's listen some more Arctic Monkeys."


R U Mine?

Thursday, January 3, 2013

Yakisoba

Semalam, dalam perjalanan balik ke rumah selepas kerja, Umi cakap:

"Kakak, umi teringinlah nak makan mi goreng Jepun tu. Bendanya pun dah ada kat rumah. Masak, eh?"

Dalam kepala aku waktu itu, 'Yakisoba. Haiyaaaa. Sudah lupa resepi.'. Tapi aku anggukkan juga kepala.

Sebenarnya I can find the recipe anytime. But my Yakisoba has this 'special' problem, where the recipe was obtained by a cousin of my brother's friend, who actually lives in Japan. He actually altered the basic recipe, and it's kind of a looooong time ago I cooked it. *wipe the sweat off my forehead

Tapi memang nasib agaknya, Umi bagitau mana dia letak bahan-bahan yang akan menjadikan mee putih kering yang kosong tu kepada Yakisoba.


Mi Gandum Kering, 1 - 2 peket (agak-agak aje, mi tu akan kembang bila rebus nanti)
Daging, 300 - 400g
Daun Kobis, 2 kelopak
Cendawan Butang, 7 - 8 biji
Bawang Besar, 1 biji
Bawang Putih, 3 ulas
Daun Bawang, 1-2 batang

Kicap, 6 - 8 sudu teh
Air Perahan Lemon, 6 - 8 sudu teh
Minyak Bijan
Worchestershire Sauce
Sos Cili, 1 - 2 sudu makan
Lada Hitam
Garam
Gula

Stok Ayam, 6 - 8 sudu makan (atau buat sendiri: rebus tulang & lemak ayam dengan 50 - 100ml air)




1. Hiris daging, bersihkan dan tos. Perap dengan minyak bijan dan sedikit Worcestershire Sauce. Ketepikan.

2. Hiris daun kobis, cendawan butang dan bawang besar. Ketepikan

3. Potong kasar daun bawang. Gaul dengan sos cili. Ketepikan.

4. Didihkan air. Rebus mi kering hingga lembut (lebih kurang 3 minit). Keluarkan mi dari air panas, masukkan dalam air paip, 2 minit. Tos dan ketepikan.

5. Satukan kicap, air perahan lemon dengan stok ayam. Letak sedikit Worcestershire sauce. Ketepikan.

5. Ketuk bawang putih, dan tumis dengan sedikit minyak.

6. Masukkan daging. Masak hingga air hampir kering.

7. Masukkan cendawan dan bawang besar. Gaul (dalam 1 minit) dan masukkan daun kobis. Gaul lagi.

8. Masukkan mi gandum, dan masukkan sos yang dah disatukan tadi. Gaul hingga sebati sebelum masukkan daun bawang.

9. Tambah sedikit garam, dan gula jika perlu


Settle.

It's better untuk korang makan waktu Yakisoba masih berasap. Sebab bila dah sejuk, Yakisoba ni macam melekat sikit... and kurang sedap.

Oh, ya. Untuk mi gandum, biasanya aku pakai Longevity Noodle ini:


Tapi biasanya, kalau tak susah sangat nak cari, tangan aku laju aje capai mi gandum Jepun. They'll do just fine.

Happy cooking.