Tuesday, August 13, 2013

Ikan Cencaru Belah Belakang

Assalamu'alaikum.

Ahem. I'm not really sure if this is still relevant to be said, but... "Salam Eid Mubarak!" aku ucapkan kepada sesiapa saja hamba Allah yang singgah ke blog ini. 

Hari ni, dalam 5-10 minit aku belek2 blog, aku terperasan... "Banyaknya post masak-memasak ni! Aku kekurangan idea ke apa?". Tapi bila fikir balik... tak apalah kot. Post-post 'Cooking Warfare' tu macam kongsi ilmu - ilmu memasak. Hehehe~~

Oh, namanya 'Cooking Warfare' sebab hampir setiap kali memasak, inilah reaksi aku:


Anyway. Sejak Isnin lagi me and my parents mula berpuasa sunat Syawal - aka 'Puasa Enam'. Bagus sebenarnya puasa lepas raya ni, tau? Dapat merehatkan perut yang dah makan hampir tak berhenti-henti sejak 1 Syawal tu.

Untuk berbuka semalam, kami bercadang untuk makan nasi. Dan aku ditugaskan oleh Ummi untuk masak lauk best ni - Ikan Cencaru Belah Belakang.


3 ekor ikan cencaru
Serbuk kunyit
Garam

1 1/2 biji bawang bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 atau 3 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji tomato
4 camca sos tomato
1 sudu teh belacan
Garam
Gula
Sedikit air

1. Belah belakang ikan - jangan sampai tembus ke bahagian perut.
2. Bersihkan ikan. Lumur dengan garam dan kunyit.
3. Masukkan semua bawang, cili merah, cili padi, sos tomato, belacan, garam, gula dan air dalam blender. Blend agak-agak separa hancur.
4. Potong tomato kasar-kasar. Masukkan dalam blender. Blend lebih kurang 3 - 5 saat.
5. Panaskan minyak.
6. Sumbat sambal (campuran bawang, belacan dengan tomato) yang blended tadi kat belakang ikan. Ketepikan baki baki sambal.
7. Goreng ikan. Bila dah agak garing, keluarkan dari minyak dan toskan.
8. Buang minyak goreng ikan tadi sampai tinggal agak-agak 3 sudu makan.
9. Goreng sambal tadi sampai pecah minyak.
10. Tuang sambal atas ikan.

*telan air liur*



Selamat 'berperang' di dapur.

No comments:

Post a Comment