Thursday, January 24, 2013

Versus


Kejam.

Some small voice from the corner of my heart screams, “Kau kejam!” to my head. To my brain, literally.

“Maaflah,” Pujuk akalku. “Tapi untuk kali ini, kau mesti juga dengar cakap aku.” Sambungnya.

“But he seems like a really nice guy.” Bentak hati kecilku.

“I know. It’s just that… not this time.”Balas akalku.

“Kau tak pernah interfere sebelum ini. Jadi kenapa kali ini?” Soal hati kecilku. Mencabar akalku.


"Ayat pemberiannya. Kita baca ayat ini bersama, bukan?" akalku bertanya.

"Ya. Dan kemudiannya kau mengarahkan sang jemari menaip SMS itu. SMS. Itu. That. Blasted. SMS." bidas hati kecilku.

*mengeluh

"Maaflah kerana tak berbincang dengan kau terlebih dahulu. Tapi tindakan yang aku ambil itu bersebab." terang sang akal.

"Selepas baca ayat itu, aku segera menyuruh sang jemari membuka facebook, dan membuka profilenya. Kemudian aku baca satu persatu status yang ditulis oleh dia."

"Eeeehh!!Kau tak pernah begini. This is SO not you. Stalker!" tuduh hati kecilku.

"Aku stalking bersebab." akalku mempertahankan tindakannya. "Dan dari situlah baru aku terperasan, ramai gadis yang boleh melayannya dan memberikannya perhatian lebih baik dari kita. Kau ingat tak apa yang jadi setiap kali kita dan dia bersembang di whatsapp?"

Diam.

"Kerja yang sepatutnya kita tumpukan perhatian dan buat sepenuhnya kadang kala terbengkalai. Ada masa kita terlampau sibuk, kita tak boleh nak membalas mesej-mesej dia, yang aku pasti selalu membuat dia terasa seperti tak diperdulikan."

"Jadi, cadang kau di sini?" Hati kecilku bertanya, perlahan.

"Kita jangan jadi tamak. Juga jangan jadi hipokrit. Aku memang dari awal lagi sudah terfikir. Memberi harapan padanya - dan diri kita - bukanlah sesuatu yang mudah. Terus terang aja padanya." jawab akalku.

"Dan itulah yang kau terus lakukan hari itu..." kata hati kecilku.

"Ya. Dan dari gaya tulisan balasnya hari itu, aku boleh agak dia sedikit kecewa. Aku rasa kau juga begitu. Tapi pada hemat aku, biarlah kita berlaku adil - pada dia dan gadis-gadis lain di sekelilingnya. Aku fikir mesti ada yang suka padanya, tahu?" sambung akal.

Hati kecilku senyap. Mengalah.

"Baiklah." hati kecilku mula mengundur diri.

"Hei. Janganlah begitu. Kau kena ingat. Banyak lagi benda yang belum kita capai. Bukankah hari itu kau kata kau teringin mahu memanjat gunung? Juga mahu backpacking keliling Malaysia, looking for it's wonders?" Pujuk akalku.

"Ya. Aku teringin sekali mahu sempurnakan azam itu tahun ini." hati kecilku sedikit ceria.

Senyum.

"Sudah. Let's listen some more Arctic Monkeys."


R U Mine?

No comments:

Post a Comment