Tuesday, May 10, 2011

Static Fanatics

Statik? Subjek statik ke? Oh no no no. Ia adalah satu tindak balas yang terhasil apabila cas (-) bertemu cas (+).  

Wait. Apahal ni Alia?

Ini adalah ceritanya… Seorang customer telah diattend oleh manusia bernama Alia ini pagi tadi. Selepas introduction dan segala…

Encik : Saya ada satu complaint, dari 1st  service lagi masalah saya ni.
Aku : Apa tu encik?
Encik : Handle pintu saya… Rasa electric shock.  
Aku : Encik.Yang tu cuma electric static. It’s actually not harmful.  Saya minta maaf, tapi rasa static kat door handle tu perkara biasa.
Encik : Mana boleh! Saya rasa ‘earth’ing ada problem.
Aku : Encik. Static di pintu tak ada kena mengena dengan car wiri…
Encik : (Memintas) Kenapa pulak macam tu? Mesti ada kena mengena! Hey, customer beli kereta, korang kena pastikan la yang benda macam ni tak berlaku!
Aku : (Menahan bengang dengan senyuman – perlu senyum! Walaupun plastik) Okla. Kita check dulu.

Selepas 45 minit, jawapan yang aku terima dari technician adalah : OK. No problem found.
Then aku tanya pada foreman. Jawapannya : Benda tu normal kan? Tak bagitau customer?
Kemudian aku tanya senior technician. “Bagitau customer tu…

OK.
Tukar channel. Tak nak tengok drama ni lagi. Menyakitkan hati je tengok sang Antagonis menang per’gaduh’an di akhir cerita.

Apa yang sebenarnya aku nak sampaikan. Benda ni memang NORMAL, okay people? Tak kisahla kereta apa korang pakai, secara kerap atau tidak, korang memang akan rasa static di door handle.

After every driving (Driving à Geseran + Udara + Whatever), kereta korang akan mengumpulkan cas. Cas-cas ni harus disalurkan keluar mealui EARTH. YOU are the EARTH in this situation.

Benda ini akan membuatkan korang rasa annoyed jugak...So after a drive, and bila korang nak masuk kereta... sila ketuk (slowly aje) door handle dengan hujung kunci.


.....

Tired of telling you guys stories... sila refer sini untuk lebih info kenapa benda ini terjadi... (Rasa macam kanak-kanak sikit lepas baca..tak kisahla.. ;] )


No comments:

Post a Comment