Saturday, May 14, 2011

Annual Dinner 2011

Cerita ni dah basi sebenarnya… Dinner kami bulan lepas, 16 April 2011 kat Sunway Resorts & Spa.
Honestly, seorang hamba Allah ini tak berminat pun nak pergi… because the theme is Arabian Nights. (Otak asyik berteriak ‘Oh God! Why the HELL should it be Arabian Nights??) Tapi entah kenapa 3 hari sebelum dinner, didorong oleh kemarahan yang datang tiba-tiba (Bengang pasal benda lain, pergi dinner? Takde kena mengena langsung!), aku terus kata, “Cecilia, I’m going to that dinner!)




Beli baju last minute. Thanks a lot to that UiTM student yang pos laju dress putih tu… I sayang you lebih la <3 . Shawl berjaya dipakai hasil ajaran gadis-gadis yang post video di youtube.






Yaaa... sekian saja. 'Lauk' ini perlu di'buang' seberapa segera..takut nanti korang sakit perut pulak

Tuesday, May 10, 2011

Static Fanatics

Statik? Subjek statik ke? Oh no no no. Ia adalah satu tindak balas yang terhasil apabila cas (-) bertemu cas (+).  

Wait. Apahal ni Alia?

Ini adalah ceritanya… Seorang customer telah diattend oleh manusia bernama Alia ini pagi tadi. Selepas introduction dan segala…

Encik : Saya ada satu complaint, dari 1st  service lagi masalah saya ni.
Aku : Apa tu encik?
Encik : Handle pintu saya… Rasa electric shock.  
Aku : Encik.Yang tu cuma electric static. It’s actually not harmful.  Saya minta maaf, tapi rasa static kat door handle tu perkara biasa.
Encik : Mana boleh! Saya rasa ‘earth’ing ada problem.
Aku : Encik. Static di pintu tak ada kena mengena dengan car wiri…
Encik : (Memintas) Kenapa pulak macam tu? Mesti ada kena mengena! Hey, customer beli kereta, korang kena pastikan la yang benda macam ni tak berlaku!
Aku : (Menahan bengang dengan senyuman – perlu senyum! Walaupun plastik) Okla. Kita check dulu.

Selepas 45 minit, jawapan yang aku terima dari technician adalah : OK. No problem found.
Then aku tanya pada foreman. Jawapannya : Benda tu normal kan? Tak bagitau customer?
Kemudian aku tanya senior technician. “Bagitau customer tu…

OK.
Tukar channel. Tak nak tengok drama ni lagi. Menyakitkan hati je tengok sang Antagonis menang per’gaduh’an di akhir cerita.

Apa yang sebenarnya aku nak sampaikan. Benda ni memang NORMAL, okay people? Tak kisahla kereta apa korang pakai, secara kerap atau tidak, korang memang akan rasa static di door handle.

After every driving (Driving à Geseran + Udara + Whatever), kereta korang akan mengumpulkan cas. Cas-cas ni harus disalurkan keluar mealui EARTH. YOU are the EARTH in this situation.

Benda ini akan membuatkan korang rasa annoyed jugak...So after a drive, and bila korang nak masuk kereta... sila ketuk (slowly aje) door handle dengan hujung kunci.


.....

Tired of telling you guys stories... sila refer sini untuk lebih info kenapa benda ini terjadi... (Rasa macam kanak-kanak sikit lepas baca..tak kisahla.. ;] )


Sunday, May 8, 2011

Sepanjang Hari Ini...

Hari ni hari Ahad, minggu yang ke-2
Hari semua orang celebrate ibu masing-masing
Aku tidak terkecuali... pagi ini dengan mata kuyu menahan ngantuk, aku bagi bunga pada umi..
Umi tanya.. "Ehhh.. bila beli ni?.."
Aku dengan senyum simpul jawab... "Beli semalam. Kakak letak dalam fridge...umi tak perasan eh?"




Kemudian minum ribena..
Kemudian gosok baju yang bertimbun...


Lepas habis segala urusan...Lepak sebentar di Setia Alam..
Tengok-tengok rumah yang sedang di'renovate'... letak lampu.. pasang grill
Haaaaiii.. rumah baru, tak sabarnya aku nak jejakkan kaki dan melepak-lepak di dalammu!! heheee~~


Then kami ke sekolah adekku, Shakir... Nak sambut besday la katakan..


Adekku




Pizza ni nampak menarik ;)

Yeeeesss... Happy Upcoming Birthday, Shakir!!
Anda berhutang dengan saya at least 7A's untuk Exam Mid Year ini... Sila langsaikan...hahaha

Then kitorang pergi rumah Auntie Ani...
Umi pilih-pilih kain... Then kami makan bihun sup... Yum2.. <3

On the way balik TUDM... aku snap gambar ni di Tol Saujana Putra...
Macam cendawan... hehee~~(Takde mende laen ke Alia? Makaaaaann je ko ingat!!)
Gambar gelap sikit, sebab shutter speed 1/2000. Aperture tak adjust ;p



Dan sekarang, tibalah masanya untuk tido...
Esok kerja... -.-''

Selamat malam, y'all

Thursday, March 24, 2011

Minyak oh Minyak

Kereta.
Kenderaan dah semacam menjadi keperluan untuk ke mana-mana sekarang. “Senang nak bergerak,” kata kebanyakan orang. Tapi…
Kereta = Minyak = Duit dalam Poket

Equation ni terus-terusan menghantui pemikiran semua pemilik kereta. Belum kira lagi kalau harga minyak naik. Lagi pening kepala.
Nak dijadikan cerita…hari ni datanglah seorang customer ke service centre kami. Tapi bukan aku yang attend, it was my friend next to me. Terdengarlah kata-kata customer ini… “Fuel consumption saya tinggi betul. Hari tu orang HQ awak datang buat test dengan saya. Tapi I tak puas hati, diorang bawak kereta macam kura-kura. 80km/h hingga 90km/h saja. I bawa kereta laju lagi… bla.. bla..”.
Aku tak boleh nak komen sangat pasal ni…
Tapi korang tau tak? Speed is proportional to fuel consumption. Berdasarkan apa yang aku pernah baca di sebuah akhbar, 90km/j adalah kelajuan ‘selamat’. Bila kelajuan 100km/j, penggunaan minyak naik 10%. By the time your speed reaches 110km/j, the fuel consumption rocketed to extra 25%.
Punca utama kenapa aku sendiri tak bising-bising bila RM15 untuk minyak habis dalam sehari saja (suatu ketika dulu…waktu berulang-alik dari rumah (Sri Gombak) ke office (Shah Alam). So…korang agak-agak sendirilah how fast I drive... Hihi ;p
Anyway... for other info/reasons of what affect your fuel consumption, I suggest you guys pergi http://www.fueleconomy.gov/

Happy driving guys! <3

Mula membersihkan sawang...

It's been a really, really long time since the last time I let my fingers do their work... hihi ;)

Just finished watching 'How Do You Know?'

I must say...it's a great movie. Banyak kata-kata hikmat yg aku catat sepanjang menonton..
Dan juga memberi satu soalan baru untuk difikirkan oleh diri sendiri..."Alia, how do you know when... you're in love?"
Hah! Soalan yang setakat ini tak dapat dijawab...sebab dah terlalu lama meninggalkan 'soal hati dan perasaan' ni..

Anyway, I'm just filling up the infinity spaces in this blogspot...kerana mau berjinak dengan dunia blogging balik...

This place is : The greatest place to tell your thoughts..and feelings...etc.

Good night yaw!!
Tomorrow is Fly-day!!