Wednesday, March 6, 2013

Seafood Tom Yum

Hello lovely readers.

Dah agak lama juga aku tak memenatkan jari. Sibuk memanjang (kononnya). Tapi entri kali ini tak akan panjang berjela-jela, kerana aku nak main Need for Speed yang tergendala sekejap tadi - Lost Internet Connection - haish.

2-3 minggu lepas (hari Sabtu), aku ada masakkan tom yum campuran ayam dan daging untuk para manusia yang bekerja di office.

Tengah seronok makan tu, officemate - Mrs. W - cakap, "Alia, kenapa tom yum kau tak rasa macam kat kedai, eh?"
"Oooohh, cara masak tak samalah. Kedai buat lain, aku buat lain."
"Tapi apa-apa pun, aku tak reti buat benda ni, boleh bagi resepi?"

Oh well. What I did actually was gave her the recipe of "Chicken/ Beef Tom Yum".
Untuk entri ini aku tulis respi untuk "Seafood Tom Yum". Just because.


Pes tom yum        1 atau 2 peket
Air asam jawa        1/2 cawan
Sos ikan        5 atau 6 sudu makan
Sotong (besar)        3 ekor
Udang (sederhana)        6 ekor
Bebola ikan        1 peket
Kek ikan        2 batang
Serai        1 atau 2 batang
Lengkuas        1/2 inci
Daun limau purut        3 helai
Bawang putih        3 ulas
Bunga kobis
Lobak merah
Cendawan
Cili api
Tomato
Bawang besar


1. Didihkan air (Oh, aku letak 800ml air dalam periuk). Sementara tunggu air mendidih, bolehlah potong-potong sayur.

2. Masukkan pes tom yum, serta serai dan lengkuas yang diketuk.

3. Masukkan sos ikan, bebola ikan dan kek ikan.

4. Bila air mendidih sikit, masukkan sotong dan udang.

5. Masukkan daun limau purut, bunga kobis, lobak merah cendawan dan cili api. Bila this first batch of vegs agak empuk, masukkan tomato dan bawang besar.

6. Ketuk bawang putih dan tumis. Masukkan tumisan ke dalam tom yum bersama air asam jawa.

7. Masukkan garam.


Gambar ehsan tumblr


Nota akhir:
- Bebola dan kek ikan serta tumisan bawang putih adalah optional. kalau korang pergi kedai, tak ada dalam tom yum kan?
- Resepi ini menggunakan air asam jawa untuk elakkan Umi saya pedih ulu hati lepas makan, sebenarnya. Resepi asal menggunakan perahan air limau.
- Tabur dengan daun ketumbar jika mahu tambah bau pada tom yum. (Ada sesetengah orang tak suka)


Good luck!
* Back to racing with my Nissan 240

3 comments: