Thursday, January 3, 2013

Yakisoba

Semalam, dalam perjalanan balik ke rumah selepas kerja, Umi cakap:

"Kakak, umi teringinlah nak makan mi goreng Jepun tu. Bendanya pun dah ada kat rumah. Masak, eh?"

Dalam kepala aku waktu itu, 'Yakisoba. Haiyaaaa. Sudah lupa resepi.'. Tapi aku anggukkan juga kepala.

Sebenarnya I can find the recipe anytime. But my Yakisoba has this 'special' problem, where the recipe was obtained by a cousin of my brother's friend, who actually lives in Japan. He actually altered the basic recipe, and it's kind of a looooong time ago I cooked it. *wipe the sweat off my forehead

Tapi memang nasib agaknya, Umi bagitau mana dia letak bahan-bahan yang akan menjadikan mee putih kering yang kosong tu kepada Yakisoba.


Mi Gandum Kering, 1 - 2 peket (agak-agak aje, mi tu akan kembang bila rebus nanti)
Daging, 300 - 400g
Daun Kobis, 2 kelopak
Cendawan Butang, 7 - 8 biji
Bawang Besar, 1 biji
Bawang Putih, 3 ulas
Daun Bawang, 1-2 batang

Kicap, 6 - 8 sudu teh
Air Perahan Lemon, 6 - 8 sudu teh
Minyak Bijan
Worchestershire Sauce
Sos Cili, 1 - 2 sudu makan
Lada Hitam
Garam
Gula

Stok Ayam, 6 - 8 sudu makan (atau buat sendiri: rebus tulang & lemak ayam dengan 50 - 100ml air)




1. Hiris daging, bersihkan dan tos. Perap dengan minyak bijan dan sedikit Worcestershire Sauce. Ketepikan.

2. Hiris daun kobis, cendawan butang dan bawang besar. Ketepikan

3. Potong kasar daun bawang. Gaul dengan sos cili. Ketepikan.

4. Didihkan air. Rebus mi kering hingga lembut (lebih kurang 3 minit). Keluarkan mi dari air panas, masukkan dalam air paip, 2 minit. Tos dan ketepikan.

5. Satukan kicap, air perahan lemon dengan stok ayam. Letak sedikit Worcestershire sauce. Ketepikan.

5. Ketuk bawang putih, dan tumis dengan sedikit minyak.

6. Masukkan daging. Masak hingga air hampir kering.

7. Masukkan cendawan dan bawang besar. Gaul (dalam 1 minit) dan masukkan daun kobis. Gaul lagi.

8. Masukkan mi gandum, dan masukkan sos yang dah disatukan tadi. Gaul hingga sebati sebelum masukkan daun bawang.

9. Tambah sedikit garam, dan gula jika perlu


Settle.

It's better untuk korang makan waktu Yakisoba masih berasap. Sebab bila dah sejuk, Yakisoba ni macam melekat sikit... and kurang sedap.

Oh, ya. Untuk mi gandum, biasanya aku pakai Longevity Noodle ini:


Tapi biasanya, kalau tak susah sangat nak cari, tangan aku laju aje capai mi gandum Jepun. They'll do just fine.

Happy cooking.

2 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha... Make sure you do. It'll tatste a little weird, tp weird yang sedap! InsyaAllah... XD

      Delete