Friday, November 2, 2012

Singularism


Merujuk kembali komen aku di terfaktab… Ya. Being single is not that bad.

Because...

Takde orang akan kacau kau makan. Bising-bising suruh kau kurangkan makan. “Nanti gemuk!”, katanya. Lepas tu bila kau jatuh sakit yang entah apa sebabnya, dia tuduh kau kau sakit kerana sengaja tak mahu makan. Tuduh kau obsess nak kurus.

Kau mempunyai lebih masa untuk diri sendiri. Kurang halangan untuk kau buat apa yang kau suka, dengan sesiapa pun yang kau mahu. Tak ada lagi orang nak cakap, “Tak boleh pergi. I tak benarkan.” atau “I tak kira apa alasan. You kena ikut I jugak.”

Jika berkereta, kau boleh menjadi 'Raja' kereta sendiri. Tak ada manusia asing yang cuba meng’conquer’ kereta kau macamlah beli pakai duit dia, dan kau hanya dijadikan tuan punya kereta bila tangki minyak hampir kering.

Juga tak akan ada ‘Missed Call’ melebihi 12 tengah malam ataupun Mesej Ringkas jam 3.15 pagi yang bertanya, “Tengah tidur ke?”. Darn. Just what do you think, dimwit?

And many other things. Agak seronok juga bila kau berseorangan ni. Serius.



Oh.

Tak perlulah kau buat muka sambil kata, “Alia ni pandai cakap aje. Banyak sangat ke experience putus cinta dia?”

Pengalaman bercinta aku memanglah hanya ada satu. Pengalaman terlebih crush sampai aku-blah-tak nak-tengok-muka-kau-lagi pun hanya satu.

Tapi bab soal hati ini, aku serahkan pada Dia Yang Satu. Kerana hanya Dia yang tahu.

That’s it. Kembali bekerja.

No comments:

Post a Comment