Tuesday, November 27, 2012

Ketam Goreng Telur Masin

Last Sunday (cerita basi), I was dragged by umi to Pantai Remis.

"Beli ikan kat sana murah!", katanya. "Lagipun, bila lagi kau nak kenal ikan?"

'Ter'insaf tengok makcik tu susah payah cari rezeki

Dipendekkan cerita... we bought some crabs. On the way home, umi merancang-rancang menu.

Umi: "Kerang dengan ikan tu, kita bakar je. Udang besar simpan dulu. Ketam?"
Ayah: Oh well, Kita masak macam kedai kat Terengganu tu.
Umi: Masak telur masin? Macam best. Alia, nanti you pergi cari resepi.

Ya. Sampai je kat rumah, lepas tolong simpan ikan, aku cari resepi. But without much success. Kepala aku pening! Banyak sangat version.

Then I came up with my own version, my own words. "Agak-agak je," kata umi.


Ketam Bunga / Ketam Lembut (Medium size, 4 ekor)

Cili merah (5 – 6 biji)
Cili kering (10 – 15 tangkai)
Bawang besar (1 biji)
Bawang merah (4-5 ulas)
Bawang putih (4-5 ulas)
Cili api (10 – 20 biji) - depends

Serai, 1 batang
Halia, 1 inci
Daun Kari (2 – 3 Pelepah)

Telur masin (4 biji)
4-5 sudu makan susu cair
2-3 sudu makan tepung beras.


1. Bersihkan ketam, ketepikan. Rebus cili kering 5 minit (untuk elak sakit perut lepas makan), toskan.

2. Asingkan telur putih dan telur kuning. Campur telur putih dengan susu cair dan tepung beras.

3. Celup ketam dalam campuran telur masin. Goreng.

4. Kisar cili merah, cili kering, bawang besar, bawang merah, dan bawang putih. Tambah cili api jika mahu lebih pedas.

5. Tumis bahan kisar dengan baki minyak goreng ketam hingga naik bau. Masukkan serai dan halia yang telah diketuk dan daun kari yang dilurut. Gaul  hingga naik bau.

6. Hancurkan telur kuning dan campur dengan bancuhan telur putih. Masukkan dalam kuali. Masak dalam 1 minit.

7. Masukkan ketam yang digoreng tadi dan gaul.

Yummeh

Hasilnya - not bad.

I'm not really sure if it will work well for you guys. Kalau tak sedap, atau korang dapat cari benda yang 'terkurang' dalam lauk ni, please tell me.

Good Luck

No comments:

Post a Comment