Wednesday, April 4, 2012

IKEA, Kerusi dan Meatball

Setiap kali teringatkan IKEA, setiap kali itulah aku terbayang Meatballs with gravy and lingonberry jam yang femes tu.
Oh Yeaaaah



Tak perlu aku terangkan pasal IKEA kat sini, sebenarnya. Everybody in or from Klang Valley knows this place.  They’re famous for their reliable and durable furniture, household items and their sumptuous food.

Apa yang aku nak coretkan kat sini adalah soalan yang mengganggu fikiran aku setiap kali aku pergi ke IKEA untuk lunch – sejak ‘hari itu’.



Hari itu (2-3 bulan dulu sebenarnya), me and the family pergi ke sana – partly to shop and shop, mainly because I told my parents ada promotion whole Spring Chicken. “Jomlah… kakak belanja.”

I think you know what happened. Naik elevator… pilih barang, catat location, lalu tempat kanak-kanak... dan menghala ke cafeteria untuk makan, sebelum turun ke bawah untuk ambil barang.

After queuing in the loooong line untuk ambil-pilih-bayar makanan, me and my brother duduk kat tempat yang umi dan ayah dah ‘chop’ sebelum kami queue tadi (It’s Sunday, and there’re a hell lot of people). Sebelah meja kami ada sepasang couple Meleis yang baru nak makan jugak.

Sedang aku syok-syok makan meatballs dengan spaghetti – sambil mata meliar memerhati sekeliling-  aku perasan ada seorang uncle ni menatang tray sambil menjenguk meja-meja, mencari kerusi, aku kira.

Kemudian uncle ni – masih lagi dengan menatang tray – bertanya kepada couple yang duduk di meja sebelah ini. Aku tak berapa mendengar – tempat tu bising! – tapi aku rasa lebih kurang inilah conversationnya:
Uncle : Ini kerusi ada orang ke?
Couple : (Sambil memberi isyarat jari) Ya. Kami ada 3 orang.

Aku yang duduk di sebelah, hanya senyap sambil meneruskan makan. Dalam hati berasa sangat sorry kepada uncle tu, sebab kami pun ngam-ngam 4 orang, tak ada kerusi extra. Tapi mata aku ni masih dipakukan kepada that couple.

And then… yeah... mungkin sebab makanan diorang sedikit dari kami – atau pun mungkin kerana adat orang bercinta, makan sedikit aje – mereka blah awal… berdua.


Berdua.

Ehem.

Boleh korang bagitau aku? Siapa orang ‘ketiga’ tu? Imaginary friend? Soon to come baby? Syaitan?

No comments:

Post a Comment