Sunday, May 19, 2013

My Kind of Pizza

It's Sunday... my bones and body are heavier than usual. But I have got to eat something for dinner.

Jadi anak manja ni pun cakap... "Kita nak makan apa malam ni, Umi?"
And she replied, "Kata nak buat pizza pakai baki wraps tu? Tak jadi ke?"
Dalam hati, "Yes!" sambil fist pumping.

This is my kind of pizza. Jenis yang tak perlu susah payah untuk uli tepung untuk dibuat crust, dan juga untuk mengelakkan dari beli ready made (frozen) pizza crust - because I am not a fan.

So, this is what we did.



With ingredients that were available around the house:

Wraps (Roti)
Sos spaghetti (leftover)
Sos tomato
Sosej
1/4 bawang besar Holland
Nenas dalam tin
Cendawan butang
Keju Mozzarella
Keju Cheddar
Italian Herbs (we used McCormicks)


1. Hiris Sosej, bawang besar dan cendawan. Sagat keju mozzarella. Hancurkan keju Cheddar (I used a blender, sebab keju ni keras.). Preheat oven 200 degree Celcius.
2. Letak sekeping roti atas dulang. Letak sos spaghetti, agih rata. Tabur dan ratakan keju mozzarella.
3. Tutup roti tadi dengan sekeping roti lain. Sapu sos tomato.
4. Susun sosej, dan taburkan sikit keju mozzarella. Susun cendawan, nenas dan bawang besar.
5. Tabur sikit lagi keju mozzarella, sambung dengan keju Cheddar.
6. Tabur Italian Herbs
7. Bakar selama 20 - 25 minit.

Cuma pesan aku, banyak bersabar waktu proses nak potong pizza sebelum makan. It's NOT easy, dan aku cadangkan korang pakai gunting dapur (nota: yang bersih) untuk potong pizza.

Cheers.

Monday, April 29, 2013

Reasons

I just find this (vid) too irresistible to not to share.



Oh, well.
Hope your Monday is okay.
Selamat pulang dan berehat.

Wednesday, April 3, 2013

Nama Saya... Jangan

Copy Paste dari luahan rasa sendiri semalam, di facebook.

*Ehem

Ini adalah pesanan.
Nasihat

Untuk adik-adik saya dan untuk mereka yang layak bergelar 'anak-anak' saya. Generasi Baru.

Tolong. 

Tolong jangan ambil gambar-gambar kurang sopn kau orang dan post di facebook, juga instagram, mahupun twitter.

Kalau kau orang ada buat benda tak baik - yang pastinya benda yang kau orang tak akan beritahu ibu bapa sendiri, tolong jangan dicanang, dihebah dalam media sosial.

Aku yang tengok dan baca pun malu.

Apa kau tidak merasa begitu? 


* Aku bukan sempurna, tak pernah buat salah. Tidak.Aku sendiri pun masih berusaha menuju ke arah kebaikan. Baca, dan simpan surah Al-Asr dalam hati. Jangan terus berada dalam kerugian.

Wednesday, March 6, 2013

Seafood Tom Yum

Hello lovely readers.

Dah agak lama juga aku tak memenatkan jari. Sibuk memanjang (kononnya). Tapi entri kali ini tak akan panjang berjela-jela, kerana aku nak main Need for Speed yang tergendala sekejap tadi - Lost Internet Connection - haish.

2-3 minggu lepas (hari Sabtu), aku ada masakkan tom yum campuran ayam dan daging untuk para manusia yang bekerja di office.

Tengah seronok makan tu, officemate - Mrs. W - cakap, "Alia, kenapa tom yum kau tak rasa macam kat kedai, eh?"
"Oooohh, cara masak tak samalah. Kedai buat lain, aku buat lain."
"Tapi apa-apa pun, aku tak reti buat benda ni, boleh bagi resepi?"

Oh well. What I did actually was gave her the recipe of "Chicken/ Beef Tom Yum".
Untuk entri ini aku tulis respi untuk "Seafood Tom Yum". Just because.


Pes tom yum        1 atau 2 peket
Air asam jawa        1/2 cawan
Sos ikan        5 atau 6 sudu makan
Sotong (besar)        3 ekor
Udang (sederhana)        6 ekor
Bebola ikan        1 peket
Kek ikan        2 batang
Serai        1 atau 2 batang
Lengkuas        1/2 inci
Daun limau purut        3 helai
Bawang putih        3 ulas
Bunga kobis
Lobak merah
Cendawan
Cili api
Tomato
Bawang besar


1. Didihkan air (Oh, aku letak 800ml air dalam periuk). Sementara tunggu air mendidih, bolehlah potong-potong sayur.

2. Masukkan pes tom yum, serta serai dan lengkuas yang diketuk.

3. Masukkan sos ikan, bebola ikan dan kek ikan.

4. Bila air mendidih sikit, masukkan sotong dan udang.

5. Masukkan daun limau purut, bunga kobis, lobak merah cendawan dan cili api. Bila this first batch of vegs agak empuk, masukkan tomato dan bawang besar.

6. Ketuk bawang putih dan tumis. Masukkan tumisan ke dalam tom yum bersama air asam jawa.

7. Masukkan garam.


Gambar ehsan tumblr


Nota akhir:
- Bebola dan kek ikan serta tumisan bawang putih adalah optional. kalau korang pergi kedai, tak ada dalam tom yum kan?
- Resepi ini menggunakan air asam jawa untuk elakkan Umi saya pedih ulu hati lepas makan, sebenarnya. Resepi asal menggunakan perahan air limau.
- Tabur dengan daun ketumbar jika mahu tambah bau pada tom yum. (Ada sesetengah orang tak suka)


Good luck!
* Back to racing with my Nissan 240

Thursday, January 24, 2013

Versus


Kejam.

Some small voice from the corner of my heart screams, “Kau kejam!” to my head. To my brain, literally.

“Maaflah,” Pujuk akalku. “Tapi untuk kali ini, kau mesti juga dengar cakap aku.” Sambungnya.

“But he seems like a really nice guy.” Bentak hati kecilku.

“I know. It’s just that… not this time.”Balas akalku.

“Kau tak pernah interfere sebelum ini. Jadi kenapa kali ini?” Soal hati kecilku. Mencabar akalku.


"Ayat pemberiannya. Kita baca ayat ini bersama, bukan?" akalku bertanya.

"Ya. Dan kemudiannya kau mengarahkan sang jemari menaip SMS itu. SMS. Itu. That. Blasted. SMS." bidas hati kecilku.

*mengeluh

"Maaflah kerana tak berbincang dengan kau terlebih dahulu. Tapi tindakan yang aku ambil itu bersebab." terang sang akal.

"Selepas baca ayat itu, aku segera menyuruh sang jemari membuka facebook, dan membuka profilenya. Kemudian aku baca satu persatu status yang ditulis oleh dia."

"Eeeehh!!Kau tak pernah begini. This is SO not you. Stalker!" tuduh hati kecilku.

"Aku stalking bersebab." akalku mempertahankan tindakannya. "Dan dari situlah baru aku terperasan, ramai gadis yang boleh melayannya dan memberikannya perhatian lebih baik dari kita. Kau ingat tak apa yang jadi setiap kali kita dan dia bersembang di whatsapp?"

Diam.

"Kerja yang sepatutnya kita tumpukan perhatian dan buat sepenuhnya kadang kala terbengkalai. Ada masa kita terlampau sibuk, kita tak boleh nak membalas mesej-mesej dia, yang aku pasti selalu membuat dia terasa seperti tak diperdulikan."

"Jadi, cadang kau di sini?" Hati kecilku bertanya, perlahan.

"Kita jangan jadi tamak. Juga jangan jadi hipokrit. Aku memang dari awal lagi sudah terfikir. Memberi harapan padanya - dan diri kita - bukanlah sesuatu yang mudah. Terus terang aja padanya." jawab akalku.

"Dan itulah yang kau terus lakukan hari itu..." kata hati kecilku.

"Ya. Dan dari gaya tulisan balasnya hari itu, aku boleh agak dia sedikit kecewa. Aku rasa kau juga begitu. Tapi pada hemat aku, biarlah kita berlaku adil - pada dia dan gadis-gadis lain di sekelilingnya. Aku fikir mesti ada yang suka padanya, tahu?" sambung akal.

Hati kecilku senyap. Mengalah.

"Baiklah." hati kecilku mula mengundur diri.

"Hei. Janganlah begitu. Kau kena ingat. Banyak lagi benda yang belum kita capai. Bukankah hari itu kau kata kau teringin mahu memanjat gunung? Juga mahu backpacking keliling Malaysia, looking for it's wonders?" Pujuk akalku.

"Ya. Aku teringin sekali mahu sempurnakan azam itu tahun ini." hati kecilku sedikit ceria.

Senyum.

"Sudah. Let's listen some more Arctic Monkeys."


R U Mine?