Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Cuti Tips - Langkawi

Hello all.
Yeah. Aku tau, aku mungkir janji. Sepatutnya post ni dibuat ASAP selepas post New Year hari tu, tapi oleh kerana busy - konon - post itu ditangguh-tangguh. Buat hari ini pun sebab office tak busy, kalau tak, hareeem.

Anyway, here goes:

Pergi.

  • Very recommended untuk korang book tempat penginapan, sekurang-kurangnya seminggu sebelum datang ke Langkawi sebab Pulau ni memang femes waktu cuti.
  • Disarankan untuk bawa kereta sendiri - naik feri besar - kalau korang nak stay lama di sini. Mainly because :
    • Sewa paling rendah adalah RM80/ hari - untuk sebuah kereta Iswara lama - boleh mencecah RM150 waktu LIMA.
    • Condition kereta sewa tak semestinya baik. Faham sendiri.
    • Korang mungkin akan kena tipu sewaktu mencari parking di area Jeti. Ayah aku kena tipu RM20/hari oleh penyamar 'jaga' parking. The real parking lot owner hanya charge RM10/hari. Caharam.
  • Keluar rumah seawal yang boleh, untuk sampai di jeti seawal yang boleh. Supaya korang dapat feri yang awal. Kalau korang dapat feri petang - petang pulak selalu hujan - korang jugak yang takut bila feri melambung tengah laut.

Activites during your stay
  • Korang boleh pergi ke Taman Laut Negara - the one I mentioned in here - Tempahan boleh dibuat di jeti tempat korang depart untuk ke Langkawi.
    • Note : Pada hari 'main air' korang, sila tunggu bas di jalan utama pulau ni. Bas hanya akan pusing sekali keliling pulau sambil membunyikan hon 2 kali. Kalau kena tinggal, consider burn aje lah tiket RM200 korang.
  • Boleh singgah di Underwater World di Pantai Cenang.
  • Shopping pinggan mangkuk sangat digalakkan, sebab gila murah. Sila promote kat mak-auntie-nenek korang kedai Idaman Suri atau store Haji Ismail Group yang femes tu.
  • Kalau korang gilakan coklat, boleh pergi kedai Haji Ismail Group (HIG Store) jugak. Kalau coklat yang korang nak cari tak ada (Note : Imported, i.e : Ragusa, Karl Fazer & Hanuta), korang boleh pergi ke Zeno Duty Free Shopping Centre, 5 mins walking distance dari HIG Store.
  • Beli gadgets tak disarankan di sini. Ada sorang kakak Kastam beritahu, harga electronics gadgets lebih kurang sama je dengan kat KL.

Balik
  • IF possible, bungkus baju kotor - or maybe bersih - korang dalam kotak, poskan ke rumah. Save some space in your bag untuk souvenirs, chocolate and any small trinkets.
  • Belilah tiket pulang seawal yang boleh. Sebab umat manusia yang nak balik petang terlalu ramai, dan untuk pengetahuan anda, feri selalu overload. Hari tu kami tak dapat naik feri 'Something' sebab dah penuh, dan disuruh naik feri 'Something Else' sambil awak-awak menjerit "Free Seating, Free Seating". Caharam.
  • Kalau korang tak bawak balik banyak barang, naik je kapal terbang. Shorter journey duration, dan konfem-konfem kapal terbang tak akan overload.
Heh. Banyak aku membebel

Friday, December 23, 2011

Good Time... and Tan

... sambungan...

Awal awal pagi I woke up, lebih kurang 5.45 am untuk breakfast dan tunggu bas- yang akan pusing pulau untuk ambil orang kat chalet/hotel - untuk pegi jetty.

Waktu tengah nak breakfast ni la baru aku perasan yang kat area Pantai Cenang ni ada service menyewa basikal untuk jalan-jalan.

8.05am at Pantai Cenang... sunyi

Pukul 8.25am, bas sampai. Lepas singgah kat chalet-chalet lain untuk ambil orang lain, bas bawa kami ke jeti untuk ambil feri ke Taman Laut Negara, Pulau Payar.

The journey to that island is about 50 minutes to 1 hour, depending on the weather. Bila dah sampai pulau, ada satu 'open boat' yang bawa kami ke pantai.
 Muka Umi yang cuak :p


Laut yang sangat-sangat-sangat jernih! :)

Dengan perasaan penuh gumbira aku masuk ke dalam air - sambil buat terlupa-tidak peduli untuk pakai sunblock. Which resulting in tangan berbelak sebab sunburned.

Lepas lunch tu aku sambung main air dan snorkelling lagi.. Tapi bila aku dah perasan yang air tengah pasang, aku terus naik ke pantai. Partially because of instructor reminder - baby sharks yang 'jinak' akan masuk pantai bila air pasang (kebetulan aku dah nampak seekor berenang dengan happy), and partially because it's already 2.30pm, our ferry will take us out of the island at 3.30pm.

Lepas mandi and put on some fresh clothes - t-shirt baru - kami duduk-duduk di ruang rehat sambil tengok ikan yang bermacam-macam colour. Everything seems so nice... until


Hunting...

Ikan-ikan lain yang aku nampak baru sekejap tadi semuanya menghilangkan diri, hiding from these 'baby' predators.

By 3.30pm, instructors ni dah standby untuk tolong kami naik bot, sebab angin kuat gila waktu ni. Langit pun mendung semacam je...

Ala pahlawan gagah gitu... :p 

These people are antara orang yang menjerit kuat waktu bot melambung

Masuk je feri, aku terus cari seat yang tak ramai orang untuk baring dan zzzz...

Sedar-sedar aje dah sampai jeti. Waktu keluar dari feri baru tahu yang all the way perjalanan tadi hujan... aku je yang tidur mati.

Yachts... from afar. One day I'll have one of these... InsyaAllah

... bersambung... with 'Langkawi Cuti Tips'

Monday, December 19, 2011

Berlibur sambil Tersenyum Lebar

Ooooohh... It's been a daaaang long time since the last time I wrote.

Adakah kerana kurang idea? Tidak juga. Lebih kepada malas sebenarnya. Ya. Malas.

Tapi oleh kerana aku berjaya me'lari'kan diri dari ofis minggu lepas, aku perlu juga menulis.
...
...
...

Erm, reason ni tak relevan sebenarnya. Dan tak berkaitan sangat dengan post aku di petang Isnin yang mendung ini.

Ya. Minggu lepas on a Friday morning, the familia (except Haris) pergi ke Langkawi. Dalam hati sebenarnya dah sedikit memberontak - LIMA dah habis, baru nak pergi sana. Ceh!

At 7.15 am kami bergerak dari Setia Alam, pukul 1.20pm dah sampai Kuala Kedah. Sementara ayah parking kereta, Umi beli tiket feri untuk jam 2.00 pm.



Once arrived, kami ambil kereta sewa untuk ke Chalet White Lodge kat Pantai Cenang yang ayah dah tempah seminggu lepas. It's quite a strategic place, actually - sebab dekat dengan kedai cenderamata, kedai makan, kedai baju... etc.

Pandai-pandai jaga kereta sewa tu, ok.

At night, kami pergi Pekan Kuah, singgah Haji Ismail Group Store. Me and my brother jadi gila bila nampak chocolates yang bermacam-macam dan susah nak jumpa di Semenanjung. Umi pulak takde perasaan bila tengok mangkuk-mangkuk Corelle & Corningware, jadi dia beli kuali je sebijik.

We had dinner at 10 p.m di Warung Janggus Ikan Bakar yang tak jauh dari Lodge. And Shakir cakap dia takut tengok aku makan. Hahaha. Blame the food bro, not me. :D


Ketam Masam Manis

Waktu makan ni, my mom broke the news.
" Umi dah tempah tiket untuk pergi Taman Laut Negara esok. Make sure korang pack sekali t-shirt & seluar extra."
 Ternganga mulut aku dan Shakir. Kami tak bawa baju extra pun! Dan dengan seriusnya aku ingat, kami datang ke Langkawi ni untuk shopping saja. Dan berjalan kaki untuk singgah Underwater World (15 minutes from our Lodge), at least.

Jadi, lepas makan kami singgah ke kedai Street House untuk beli t-shirt. Mata aku meliar tengok surfing clothes on display. @o@

Unfortunately, aku terpaksa melupakan hasrat untuk beli those baju's, sebab aku bukannya nak pergi surfing pun, kan? Just main air sikit kat Taman Laut tu.

... bersambung...

* Skemanya ayat-ayat di atas.