"Beli ikan kat sana murah!", katanya. "Lagipun, bila lagi kau nak kenal ikan?"
'Ter'insaf tengok makcik tu susah payah cari rezeki
Dipendekkan cerita... we bought some crabs. On the way home, umi merancang-rancang menu.
Umi: "Kerang dengan ikan tu, kita bakar je. Udang besar simpan dulu. Ketam?"
Ayah: Oh well, Kita masak macam kedai kat Terengganu tu.
Umi: Masak telur masin? Macam best. Alia, nanti you pergi cari resepi.
Ya. Sampai je kat rumah, lepas tolong simpan ikan, aku cari resepi. But without much success. Kepala aku pening! Banyak sangat version.
Then I came up with my own version, my own words. "Agak-agak je," kata umi.
Ketam Bunga / Ketam Lembut (Medium size, 4 ekor)
Cili merah (5 – 6 biji)
Cili kering (10 – 15 tangkai)
Bawang besar (1 biji)
Bawang merah (4-5 ulas)
Bawang putih (4-5 ulas)
Cili api (10 – 20 biji) - depends
Serai, 1 batang
Halia, 1 inci
Daun Kari (2 – 3 Pelepah)
Telur masin (4 biji)
4-5 sudu makan susu cair
2-3 sudu makan tepung beras.
1. Bersihkan ketam, ketepikan. Rebus cili kering 5 minit (untuk
elak sakit perut lepas makan), toskan.
2. Asingkan telur putih dan telur kuning. Campur telur putih
dengan susu cair dan tepung beras.
3. Celup ketam dalam campuran telur masin. Goreng.
4. Kisar cili merah, cili kering, bawang besar, bawang merah,
dan bawang putih. Tambah cili api jika mahu lebih pedas.
5. Tumis bahan kisar dengan baki minyak goreng ketam hingga
naik bau. Masukkan serai dan halia yang telah diketuk dan daun kari yang
dilurut. Gaul hingga naik bau.
6. Hancurkan telur kuning dan campur dengan bancuhan telur
putih. Masukkan dalam kuali. Masak dalam 1 minit.
7. Masukkan ketam yang digoreng tadi dan gaul.
Yummeh
Hasilnya - not bad.
I'm not really sure if it will work well for you guys. Kalau tak sedap, atau korang dapat cari benda yang 'terkurang' dalam lauk ni, please tell me.
Good Luck